Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

test

Saya pasti topik ini topik popular nak hentam kerajaan kita, apatah lagi apabila dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk berkali ganda kita tapi jumlah penjawat awamnya kurang dari kita. "Macam mana di Malaysia, seorang penjawat awam dengan rakyat, nisbahnya 1:20 sedangkan kat negara lain, nisbahnya 1:70,1:120?" Tu ayat normal lah yang kita selalu dengar. Sebelum kita gunakan poin ni nak sebar mesej, baiklah kita semak dulu.

Di negara kita, ada lebih kurang 100 ribu orang askar, 100 ribu orang polis dan 400 ribu orang guru yang kita takrifkan mereka sebagai penjawat awam dan kumpulan itulah yang mewakili kumpulan terbesar.

Di negara lain, takrifan mereka berbeza. Ada yang mengkelaskan penjawat awam adalah mereka yang berkhidmat terus dengan sesebuah badan atau kementerian, macam pegawai tadbir atau kerani sahaja. Ada yang tidak mengambil kira guru sekolah awam seperti di China misalnya, ada juga yang tidak memasukkan badan keselamatan sebagai penjawat awam.

Di Malaysia, semua sekali dikira sebagai penjawat awam.

images jfif 959

Diharapkan sebelum kita menggunakan hujah ini untuk menunjukkan pandangan kita berkaitan jumlah penjawat awam dan ingin membandingkan dengan jumlah di negara lain, mohon kenalpasti dahulu bagaimana negara tersebut mendefinisikan penjawat awam di negara mereka.

Kita berbincanglah dengan fakta dan jika ingin melakukan perbandingan, lakukanlah perbandingan yang adil.

Menurut kajian Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang mewakili pelbagai negara, purata peratusan jumlah penjawat awam untuk semua negara anggota OECD berbanding jumlah tenaga kerja dalam negara adalah 19%. Malaysia pula, peratusan jumlah penjawat awam berbanding jumlah keseluruhan tenaga kerja adalah 10.8%.Jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai purata keseluruhan.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)