Kredit foto: wanhanisahwanmat.blogspot.my

Menurut pelakon Shukri Yahaya, keadaan isterinya, Tya Adnan kini masih lemah dan memerlukan pemerhatian daripada keluarga. 

Empat hari lepas, Tya telah dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari terlantar di hospital. 

Alhamdulillah, dia sudah dibenarkan pulang empat hari lalu selepas lapan hari berada di hospital kerana jangkitan kencing tikus. Tapi keadaan dia masih lemah dan hilang semangat, nasib baik keluarga kami dekat dan ibu banyak membantu menjaga isteri dan anak saya. 

Sumber: Mstar

Shukri turut mendedahkan perasaan cemasnya selama lapan hari ketika isterinya ditahan di hospital.

Pada awalnya dia mengalami demam selama 10 hari dan kami sudah pergi empat buah klinik tapi tetap tidak baik, jadi saya bawa dia ke hospital pula. Selepas itu doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus. Perasaan saya cukup bimbang kerana penyakit itu bahaya dan boleh membawa maut.

Sumber: Mstar

Bagaimanapun mengulas tentang punca jangkitan tersebut, Shukri sendiri tidak pasti akan situasi sebenar. 

Saya tidak tahu punca daripada mana (jangkitan) kerana Tya jarang keluar rumah, kami selalu makan di gerai-gerai tapi yang pelik kenapa pula dia seorang sahaja yang terkena kerana saya juga makan apa yang dia makan.

Sumber: Mstar

Dalam perkembangan lain, menyentuh tentang kejayaannya memenangi kategori Aktor Pilihan menerusi drama 7 Hari Mencintaiku, beliau melahirkan kesyukuran kerana anugerah tersebut adalah anugerah sulung yang diterima selepas enam tahun penglibatannya dalam dunia lakonan. 

Alhamdulillah, akhirnya ada juga rezeki untuk saya menerima anugerah, selama ini saya datang memeriahkan majlis sahaja. Saya berterima kasih pihak-pihak yan terlibat dalam menjayakan drama 7 Hari Mencintaiku.

Sumber: Mstar

Shukri berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaira Ameena - kini berusia tujuh bulan. 

Terdahulu pada 28 Mac lalu, Tya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana serangan jangkitan kencing tikus.

syukri yahaya dedah keadaan terkini isteri 2

Kredit foto: Mstar  




Hakcipta iluminasi.com (2017)