Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Gara-gara berjanji untuk menyanyikan lagu 'Hang Pi Mana' (nyanyian asal Khalifah) sekiranya Pasukan Pahang gagal membawa pulang trofi Piala FA, penyanyi Siti Nurhaliza akhirnya tampil dengan rakaman lagu tersebut.
Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak menerusi akaun Facebooknya mendedahkan bagaimana proses Siti merakamkan lagu itu selepas selesainya program Gema Gegar Vaganza, Ahad lalu.
Menurut Rozi, rakaman tersebut dibuat Siti semasa suaminya sedang tidur.
Berikut pendedahan penuh Rozi:
Kredit foto: Facebook Rozi Abdul Razak
Akhirnya rakaman tersebut diperdengarkan kepada umum menerusi slot JoHaRa pagi Era, iaitu pada Isnin lepas.
Berikut rakaman audio tersebut: