Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Sinar Harian

Ketua Jurulatih Skuad bawah 23 tahun, Datuk Ong Kim Swee bakal diterbangkan ke Kelab Atletico Madrid di Sepanyol pada Mac ini bagi menyertai kursus untuk lebih mengukuhkan kemahiran kejurulatihan. 

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Kim Swee bakal diterbangkan ke negara itu seperti yang dirancang terdahulu seiring dengan inisiatif untuk lebih memperkasakan kemahiran dimilikinya.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Kim Swee bakal berangkat ke Sepanyol pada Mac ini mengikut perancangan yang sudah dilakukan sejak enam bulan lepas, untuk membenarkan beliau lebih mencekapkan skil dan keupayaannya menerusi bidang kejurulatihan.

Jelasnya lagi, beliau juga barangkali bakal dibawa ke Atletico Madrid bagi jangka masa sebulan atau dua bulan.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim ditemui setelah selesainya Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Books Of Records kepada Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di Hotel Thistle petang Selasa lepas.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)