Kredit foto: Instagram @neeraazizi
Portal Mstar hari ini melaporkan tentang kiriman emel diterima daripada seorang individu yang mendakwa pelakon Neera Azizi sedang hangat menyulam cinta bersama seorang pelakon lelaki berstatus suami orang yang juga dikenali sebagai 'AA'.
Individu terbabit antara lain mendakwa Neera dan pelakon lelaki berkenaan telah beraksi mesra di dalam sebuah kereta pada 21 Jun lalu.
Aktres berusia 20 tahun itu, bagaimanapun akhirnya tampil menyuarakan kenyataan.
Neera menjelaskan, ia hanyalah tuduhan berniat jahat yang ingin menjatuhkan kerjaya seninya yang sedang berkembang.
Kredit foto: Instagram @neeraazizi
"Ini satu gosip melampau kerana saya dengan AA hanya rapat macam abang dan adik sahaja dan kami sudah kenal sejak dua tahun lalu.
"Saya belajar dengan dia tentang lakonan dan sering ikuti kelas teater yang dikendalikannya. Sebelum ini pun kita pernah berlakon sama dalam satu drama.
"Sejujurnya kami memang tak ada apa-apa hubungan dan bukan pasangan bercinta seperti yang didakwa netizen tersebut.
"Saya kenal isteri dia secara peribadi dan dia pun tahu saya berkawan dengan suaminya. Jadi tak ada apa yang saya nak risau.
"Cumanya saya kasihan sebab isteri AA sedang berpantang dan tak mahu dia terganggu dengan berita fitnah tersebut.
"Kepada yang buat cerita ini, fikirlah sikit! Sekurang-kurangnya jagalah hati isteri dia. Jangan disebabkan gosip ini merosakkan rumah tangga orang lain," katanya kepada Mstar.
Mengenai perkembangan terkini, Neera bakal terbit menerusi drama Semua Salahku siaran TV3 pada Julai ini, bergandingan dengan pelakon Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan Intan Najwa.
Sumber berita: Mstar