pendedahan joy revfa tentang sikap hafiz hamidun 1

Baru-baru ini, pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa Sofia telah selamat mengikat tali pertunangan di Shah Alam.

Majlis yang diadakan secara tertutup dan serba ringkas itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Selepas sehari bertunang, tersebar berita kurang enak kononnya Hafiz Hamidun mengahwini Joy Revfa kerana hartanya.

Bagaimanapun, Joy Revfa menafikan perkara tersebut.

Kalau nak dibandingkan dengan saya, dia sudah ada empayar perniagaan sendiri yang lebih besar daripada saya.

Kami berdua adalah usahawan jadi tak perlu timbul kami nak kahwin sebab harta kerana dia pun ada perniagaan sendiri. Kami berdua ada aset sendiri.

Beliau turut mendedahkan sikap sebenar tunangnya itu yang ramai tidak tahu.

Dia seorang yang sangat tenang dan penyayang. Hafiz sangat berbeza dengan lelaki lain yang pernah saya kenali.

Saya yakin dia dapat bimbing saya dan anak hingga ke syurga. Saya berdoa hubungan ini sampai ke akhir hayat kami.

Berhubung segala dakwaan yang dilemparkan terhadap pasangan itu, Joy Revfa lebih suka mengambil pendekatan positif dan lebih bersifat terbuka dalam menerima sebarang kritikan.

Saya terima semua kecaman itu dengan positif. Saya tak hairan orang nak cakap apa.

Sebagai ahli perniagaan saya sudah biasa terima kritikan akan komen negatif.

Untuk pengetahuan, pasangan serasi ini akan bernikah sekitar bulan Mei nanti. Tahniah kami ucapkan kepada mereka dan semoga segala urusan resepsi itu nanti bakal berjalan dengan lancar.

pendedahan joy revfa tentang sikap hafiz hamidun 2

pendedahan joy revfa tentang sikap hafiz hamidun 3

Kredit foto: Instagram @hafizhamidun & Facebook Joy Revfa Sofia

Sumber berita: mStar Online & beritamemey.blogspot.com


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)