Kredit foto: complex.com 

Tarikh 21 Julai hari ini memberi kejutan besar kepada peminat hiburan sedunia.

Vokalis kumpulan popular Linkin Park iaitu Chester Bennington dilaporkan membunuh diri hari ini di kediamannya di Palos Verdes Estates, Los Angeles County. 

chester bennington vokalis linkin park bunuh diri 2

Kredit foto: nbcnews.com 

Berusia 41 tahun dan mempunyai enam orang cahaya mata hasil daripada dua perkahwinan, Chester adalah sahabat rapat kepada penyanyi Chris Cornell yang juga mati akibat bunuh diri pada Mei lalu.

Lebih memberikan kejutan, hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Chris yang ke-53.

Chester mempunyai masalah ketagihan alkohol dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dalam luahannya sebelum ini, beliau pernah memperkatakan tentang hasrat untuk membunuh diri disebabkan tekanan akibat pernah didera ketika zaman kanak-kanak.

chester bennington vokalis linkin park bunuh diri 3

Kredit foto: nme.com 

Antara lagu popular Linkin Park yang pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia ialah In The End, Faint, Numb, What I Have Done dan One Step Closer. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)