Kebelakangan ini semakin kerap kedengaran kes bunuh diri melibatkan pengkarya seni, khasnya mereka yang datang dari negara barat.
Yang menyedihkan, selalunya kes bunuh diri ini melibatkan individu yang ada serbalengkap hidupnya; harta, wang ringgit, kekayaan, kemahsyuran, bakat, kebolehan, kemampuan berfikir melebihi orang lain, minda yang sangat-sangat kreatif dan keluarga yang mampu jadi sistem sokongan.
BESARKAN TEKS A- A+
Kehidupan mereka dari segi material dan fizikal sepatutnya sangat-sangat kukuh. Satu pelusuk dunia sudah mengetahui siapa nama dia, siapa dia dan apa bakat yang dia ada.
Namun semua kelebihan itu tetap tak dapat menghalang kejadian tragis dilakukan oleh mereka atas tindakan mereka sendiri, sSeolah-olah ada sesuatu yang kosong dalam hidup mereka ini.
Sudah acapkali berlaku kes yang serupa sehinggakan sudah wujud satu kelab karyawan yang dinamakan 'Club 27" yang memperingati karyawan seni barat yang mati pada umur 27 tahun serta ramai artis lain yang sebenarnya gah di seluruh dunia.
Apa yang kita boleh belajar dari mereka sebenarnya?
Sedar tak sedar, agak beruntung sebenarnya dalam diri kita ini, orang Islam walaupun kita tak berapa terkenal, duit tak berapa ada, kerja pun kuli biasa-biasa makan gaji - kita lahir-lahir terusdikurniakan satu pemikiran yang bukan semua manusia ada;
Kepercayaan yang membuatkan kita amat takut nak mengambil nyawa sendiri. Kita takut. Teramat takut dengan balasan neraka.
Masyarakat barat di luar sana pasti akan membincangkan isu ni dan pasti akan cuba mencari penjelasan serta solusinya, melalui bermacam kajian dan penyelidikan berdasarkan logik akal mereka.
Kita pula sejak lahir dah tau solusi permasalahan ini pada kita.
Solusinya adalah percaya nyawa ini kurniaan Dia dan hanya Dia yang tentukan bila berakhirnya hayat kita di dunia. Solusi kedua pula adalah larangan yang Allah kenakan pada kita. Jauhi arak dan dadah serta bahan yang menjahanamkan badan kita Insya Allah kita akan terjaga.
Kita juga dibekalkan dengan satu pemikiran yang mendidik kita sehebat mana pun masalah yang kita hadapi, kita wajib bersabar dan tahan dengan dugaan-Nya.
Begitulah hebatnya Islam untuk manusia. Peganglah.
Jangan longgarkan kepercayaan kita kerana bukan semua pihak beruntung ada apa yang kita ada. Biar kita kosong di dunia, namun janganlah kosongkan jiwa.