Oleh pada 27 Jul 2017 kategori

troll tentang fattah amin dan chester linkin park timbulkan kemarahan 1

Kredit foto: Media Hiburan

Baru-baru ini peminat muzik sedunia telah digemparkan dengan kematian lagenda muzik, Chester Bennington iaitu vokalis kumpulan Linkin Park.

Rata-rata peminat Chester bersedih kerana laporan yang menyatakan Chester mati dalam keadaan tergantung dan membunuh diri.

Namun dalam kesedihan itu, nampaknya ada pihak yang tidak sensitif membuat “memetroll hingga membuatkan peminat Chester di negara ini mengamuk.

troll tentang fattah amin dan chester linkin park timbulkan kemarahan 2

Kredit foto: mercurynews.com

Dalam sebuah jenaka yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini mendakwa kematian Chester bukanlah diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri, sebaliknya rancangan daripada ahli kumpulan Linkin Park yang ingin mengambil aktor Fattah Amin sebagai penggantinya.

Ramai peminat Chester menganggap jenaka tersebut sebagai biadab dan tidak wajar dilakukan.

troll tentang fattah amin dan chester linkin park timbulkan kemarahan 3

troll tentang fattah amin dan chester linkin park timbulkan kemarahan 4

Kredit foto: Beautifulnara 

Chester membunuh diri di kediamannya di Palos Verdes Estates, Los Angeles County pada Khamis lalu. Penyanyi tersebut dilaporkan bergelut dengan masalah ketagihan alkohol dan dadah ketika hayatnya. Dalam sebuah temubual, Chester pernah mendedahkan niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat pernah didera sewaktu zaman kanak-kanak.

Sumber: Astro Awani


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)