Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Aktor Fattah Amin akui, dia tidak mengambil ringan soal kebersihan dan penampilan luarannya sebagai seorang selebriti.

Ini berikutan dia menyedari kehadirannya yang sering menjadi perhatian peminat, selain tanggungjawabnya sebagai duta kepada beberapa buah produk.

Sebagai selebriti, peminat akan memberi tumpuan kepada kecantikan luaran seperti penampilan dari hujung rambut hingga kaki. Sebab itu saya menitik beratkan aspek kekemasan dan kebersihan diri dan apa dilakukan untuk peminat dan klien produk sebab mereka akan lihat kita secara keseluruhan. 
Sumber: Mstar

Tambah Fattah, dia mengambil positif setiap kritikan peminatnya apabila ianya membabitkan soal penampilan diri.

Kadang-kadang ada peminat komen suruh saya potong rambut, tak suka lihat rambut saya panjang dan saya ambil komen itu untuk kebaikan saya juga. Perkara ini dah kira seperti tanggungjawab apabila bergelar selebriti.
Sumber: Mstar

Dedah pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu, antara inisiatif yang diambilnya apabila menemui kelapangan dalam kerjaya seni adalah dengan mengunjungi pusat spa dan salon.

peminat mahu fattah amin jaga kebersihan diri 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Mengulas mengenai kos yang diperuntukkan pula, dia tidak mempunyai nilai spesifik, apatah lagi dia sendiri adalah duta kepada beberapa produk kecantikan.

Kalau nak ikutkan saya memang sibuk dengan penggambaran drama, tiada masa untuk pergi ke spa dan salon. Tapi apabila ada waktu terluang, mesti saya akan pergi ke spa untuk buat merias kuku atau pun memotong rambut. Saya tak dapat nak anggar berapa kos habis untuk penjagaan diri. Saya banyak jadi duta untuk produk, jadi pakai yang sedia ada.
Sumber: Mstar

Untuk info, Fattah adalah duta kepada beberapa produk penjagaan diri, termasuk Safi Men, Oli Candy dan yang terkini, Maydan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)