Pada tahun 2010, dua sahabat baik yang juga merupakan dua hartawan paling kaya di dunia telah bersepakat untuk memulakan satu kempen yang dinamakan The Giving Pledge. Bill Gates dan Warren Buffet masing-masing merupakan hartawan pertama dan kedua terkaya di dunia menurut Forbes. Mereka telah menubuhkan satu badan untuk mengajak para jutawan seluruh dunia dengan rela hati mendermakan majoriti daripada jumlah harta mereka kepada kebajikan.

Perhatikan perkataan majoriti itu ya. Bukan hanya sebahagian kecil harta atau setakat keluar tunai RM1,000 - RM2,000 bagi makan kepada anak yatim masa bulan Ramadhan. Dalam erti kata lain, majoriti di sini bermakna lebih daripada separuh. Contoh perbandingan mudah untuk golongan marhaen seperti anda dan saya, kalau kita dapat gaji RM5,000, kita perlu menderma lebih daripada RM2,500.

bulan puasa baru buat amal

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan pledge ini memberi makna menyatakan kesanggupan, jaminan, komitmen, janji atau ikrar. Ini bermakna sesiapa sahaja yang telah menawarkan diri menyertai kempen The Giving Pledge ini akan mempunyai satu komitmen dari segi moral untuk mengotakan apa yang mereka ikrarkan.

Organisasi pakatan Gates and Buffet ini tidak mengumpulkan sebarang dana atau mencadangkan nama yayasan kebajikan secara spesifik. Mereka hanya menyediakan platform bagi mana-mana hartawan yang bersedia untuk 'mengangkat sumpah' dan setiap ikrar itu boleh dilunaskan dengan cara tersendiri.

giving pledge dua sahabat baik

Laman web The Giving Pledge ditubuhkan untuk menyusun profail kesemua dermawan yang membuat kenyataan aku janji secara terbuka. Aku janji ini akan menyenaraikan segala sumbangan yang ingin dilakukan sepanjang hayat mereka ataupun sebagai satu wasiat selepas mereka tiada.

Sehingga ke hari ini, The Giving Pledge telah berjaya menerima ikrar daripada 139 jutawan dari seluruh dunia. Ini antara 5 hartawan yang telah menghantar surat aku janji mereka kepada The Giving Pledge.

#1 Bill Gates & Melinda Gates (nilai bersih harta: USD 86.8 bilion)

Siapa yang tak tahu Bill Gates merupakan manusia paling kaya di muka bumi ini? Menurut Forbes, nilai bersih harta Bill Gates pada 9 April 2017 adalah sebanyak USD 86.8 bilion. Mungkin kalau guna sendiri, 70 keturunan pun belum tentu habis duit ni. Jadi, pasangan suami isteri ini telah berjanji untuk menyalurkan majoriti daripada harta mereka kepada pendidikan dan kesihatan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Mereka menyalurkan jumlah wang besar itu melalui Yayasan Bill & Melinda Gates yang telah membantu menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan bagi tujuan penyelidikan kesihatan dan perubatan.

inilah wajah pasangan paling kaya di dunia yang telah menubuhkan yayasan bill melinda gates foundation

bill gates ikrar giving pledge derma harta

#2 Warren Buffet (USD 74.6 bilion)

Warren Buffet merupakan seorang pelabur paling berjaya dalam dunia. Syarikatnya yang beroperasi dari Nebraska memiliki pegangan saham dalam lebih 60 buah syarikat lain termasuk Geico, Duracell dan Dairy Queen. Warren amat komited untuk menyumbangkan hampir kesemua harta kekayaannya kepada kebajikan. Setakat ini, beliau telahpun membelanjakan USD 28.5 bilion untuk tujuan itu kepada pelbagai pertubuhan amal seperti Yayasan Bill & Melinda Gates, Glide, Animal Rescue Foundation, Girls Inc, Make-A-Wish dan banyak lagi.

Menurut ikrar Warren, keluarga dan keturunan mereka hanya memerlukan 1% sahaja daripada kekayaan yang ada. 99% lagi harta perlu dikongsikan bersama mereka yang lebih memerlukan dan kurang bernasib baik.

warren buffet bukan lelaki biasa

warren buffet giving pledge ikrar

#3 Mark Zuckerberg & Priscilla Chan (USD 58.9 bilion)

Menurut Forbes, sama seperti Warren Buffet, Mark Zuckerberg dan isterinya juga telah berikrar untuk mendermakan 99% daripada kekayaan sepanjang hayat mereka kepada kebajikan.

Sebelum ini, pasangan ini telah banyak menderma namun mereka dikritik kerana dana yang disalurkan itu dikhabarkan telah disalahguna oleh perunding dan orang tengah. Sebagai contoh, ketika mereka mendermakan USD 100 juta bagi penambahbaikan sistem pendidikan awam di Newark. Wang yang disalur itu dikatakan telah diserap oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tiada penambahbaikan dibuat pada sistem pendidikan awam di sana.

Sejak itu, Mark menubuhkan satu syarikat berliabiliti terhad di bawah nama Chan Zuckerberg Initiative untuk menguruskan sendiri dana kebajikan tanpa mana-mana orang tengah, di samping membuat keuntungan untuk tujuan amal.

inisiatif mark zuckerberg dan isteri dalam kebajikan

zuckerberg ikrar giving pledge 117

#4 Mohammed Dewji (USD 1.4 bilion)

Mohammed Dewji merupakan satu-satunya jutawan dari Tanzania yang memiliki nilai aset berbilion dollar. Beliau merupakan CEO syarikat METL, iaitu konglomerat yang diasaskan oleh bapanya pada tahun 1970.

Dewji yang beragama Islam merasakan ia merupakan satu tanggungjawab bagi dirinya untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Lantaran itu, beliau menubuhkan Yayasan Mo Dewji untuk mengeluarkan biasiswa bagi kanak-kanak Tanzania yang miskin dan kurang bernasib baik.

mohammed dewji merupakan satu satunya billionaire di tanzania dan merupakan jutawan termuda afrika

Dewji berikrar untuk menginfakkan sekurang-kurangnya separuh daripada harta kekayaannya untuk tujuan amal. Harapannya adalah untuk melihat Tanzania berubah menjadi sebuah negara yang bebas daripada kemiskinan. Insya Allah.

mohammed dewji ikrar giving pledge

#5 Tan Sri Vincent Tan (USD 820 juta)

Pada mulanya, Tan Sri Vincent Tan percaya bahawa semua aktiviti amal dan kebajikan seseorang perlu dirahsiakan. Namun, setelah melihat inisiatif Bill Gates dan Warren Buffet yang menyeru dan menggalakkan jutawan seluruh dunia berikrar secara terbuka untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya separuh harta mereka, beliau terpanggil untuk menyertai kempen ini.

tan sri vincent menderma untuk tabung bosnia

Tan Sri Vincent telah menubuhkan Yayasan Better Malaysian dan Yayasan Berjaya Care dan menyalurkan hartanya menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kumpulan Berjaya milik Tan Sri Vincent.

Pada tahun 2015, kumpulan Berjaya telah mengadakan satu hari istimewa untuk Tan Sri Vincent dan pada hari itu, beliau telah menyumbangkan sebanyak RM20.08 juta kepada 79 pertubuhan amal berbeza.

vincent tan ikrar giving pledge

Adakah kita mampu lepaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah harta untuk membuat amal?

Bagaimana pula dengan 99%, sanggup tak?


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)