Oleh pada 07 Dec 2017 kategori

Semua orang akan memberikan perhatian sepenuhnya apabila Warren Buffet bercakap atau melakukan apa sahaja. Hartawan paling kaya di dunia yang berusia 85 tahun ini telah membina empayarnya yang bernilai lebih $65 bilion sejak dari zaman remaja lagi dengan hanya bermodalkan sekitar $6,000.

Kejayaan beliau bukan bergantung kepada nasib baik semata-mata. Disebabkan itulah semua orang sentiasa mendengar apa yang beliau perkatakan dan meneliti setiap gerak-gerinya.

warren buffet tabiat membaca strategi pelaburan kaya berjaya orang terkaya dunia

Misalnya baru-baru ini ketika beliau membuat keputusan untuk membuat pelaburan di negara luar, majoriti penganalisis kewangan dari seluruh pelosok dunia berhenti mengeluarkan pendapat sebelum mendapat jawapan daripadanya mengapa, bagaimana dan di mana.

Begitu juga apabila beliau membuat sebarang perubahan dalam pasaran saham. Akan terwujudlah kesan riak yang sangat besar dalam pasaran. Warren Buffet mewujudkan kekuatan kewangan dalam dirinya sendiri dan dengan sendirinya boleh menyebabkan kekacauan dalam proses jual beli saham tertentu.

Begitulah cara Buffet menjana bilion dolarnya iaitu melalui pelaburan. Beliau juga mendapat jolokan "the Oracle of Omaha" (Tukang Ramal dari Omaha) dengan mengikuti beberapa strategi dan membiarkan harta kekayaannya menjadi berlipat kali ganda. Salah satu faktor penting yang membawa kepada kejayaan pelaburannya adalah beliau hanya melabur untuk jangka masa panjang dan tidak mengambil tindakan berdasarkan turun naik pasaran setiap hari.

warren buffet tabiat membaca strategi pelaburan kaya berjaya orang terkaya dunia 2

Tidak dinafikan jutaan orang terinspirasi dengan kejayaan Buffet dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Namun, majoriti daripada kita tidak mempunyai wang berbilion atau berjuta ringgit untuk dilaburkan. Jadi, kita perlu gali lebih dalam untuk melihat strategi atau apakah tabiat lain yang menjadi rahsia Buffet sehingga menjadi gergasi paling besar dalam industri kewangan.

Amat sukar untuk kita perhatikan diet, tahap kecergasan, senaman dan buah fikiran beliau kerana ia sering berubah-ubah. Namun, ada satu tabiat Warren Buffet yang tidak pernah berubah dan sehingga kini beliau banyak menghabiskan masa melakukannya. Tabiat ini juga boleh dan mampu diikuti semua orang, cuma hendak atau tidak sahaja.

warren buffet tabiat membaca strategi pelaburan kaya berjaya orang terkaya dunia 3

Tabiat yang dimaksudkan itu adalah membaca. Untuk pengetahuan anda, Warren Buffet memenuhi 80% masanya setiap hari dengan membaca. Bagi Buffet, dengan membaca, beliau mampu mendapatkan maklumat, fakta dan pengetahuan untuk lebih berjaya.

Dengan semua fakta yang diperolehi, beliau akan 'mengerjakan' wangnya dengan bersungguh-sungguh. Kerajinannya membaca memberikannya kelebihan untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bila masa yang paling sesuai untuk bertindak.

Anda mesti fikir, "Alah, semua orang pun membaca. Tapi tak berjaya sangat pun?" 

warren buffet tabiat membaca

Tahukah anda, kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa tabiat membaca boleh meningkatkan tiga kawasan penting dalam tahap kepintaran seseorang. Ini termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah dan mengesan pola bermakna daripada segala data yang terdapat di dunia luar. Walaupun masih wujud perdebatan mengenai sama ada membaca benar-benar menjadikan seseorang itu lebih bijak, namun terdapat banyak bukti yang menunjukkan membaca boleh melatih otak dan menambah asas pengetahuan individu.

Bahan bacaan juga memainkan peranan penting dalam kejayaan Buffet. Jika anda kini hanya membuang masa dengan cerita gossip dan kisah rumah tangga, apa kata cuba beralih arah kepada bahan-bahan bacaan yang lebih berilmiah. Jika anda ingin mengikut jejak langkah Warren Buffet, anda boleh membaca The Intelligent Investor ataupun beberapa buku hasil nukilan CEO General Electric, Jack Welch.

orang yang berjaya semuanya banyak membaca 78

Pendek kata, anda boleh membaca apa saja bahan bacaan yang berkaitan dengan minat, kerjaya atau bidang yang anda sedang ceburi untuk membantu anda mendapatkan kelebihan berbanding orang lain.

Kunci utama di sini adalah masa kerana Buffet lebih banyak meluangkan masa untuk membaca dan bukan sibuk membuat kerja rumah atau aktiviti santai yang lain. Jadi, jika anda ingin menjadi kaya dan berjaya seperti Warren Buffet, berhenti memberikan pelbagai alasan dan bacalah dari sekarang.

Tak ada duit nak beli buku? Mulakan dengan membaca kesemua artikel Iluminasi.

Ingat, "Bangsa membaca, bangsa berjaya."

Rujukan:

1. The Week

2. US News

3. Investopedia

4. The Guardian

5. PubMed

6. Business Insider


tags : , , , , , , , , , , , , , ,








Hakcipta iluminasi.com (2017)