Oleh pada 22 Sep 2017 kategori

Larry Page, pengasas Google dan pemegang ijazah kejuruteraan komputer

Satu kajian yang baru dijalankan menunjukkan mereka yang mengambil kursus kejuruteraan atau perniagaan di peringkat universiti lebih berkemungkinan besar untuk menjadi billionaire berbanding kursus-kursus lain.

Kajian yang dijalankan oleh agensi pekerjaan Aaron Wallis terhadap 100 orang terkaya di dunia ini bertujuan mengkaji sama ada terdapat hubungan di antara karier pertama dan betapa kaya mereka sekarang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selain itu, mereka yang sudah memasuki alam pekerjaan sama ada dalam bidang jualan atau sebagai peniaga saham juga berkemungkinan besar untuk menjadi ahli kelab orang terkaya di dunia.

jeff bezos 760

Jeff Bezos, pengasas Amazon dan pemegang ijazah kejuruteraan elektrik

Bagi individiu yang kini bergelar billionaire bukan dengan cara menubuhkan syarikat sendiri dan juga bukan bekerja dalam syarikat milik keluarga, mereka ini adalah dari kalangan jurujual.

Statistik menunjukkan 10 daripada 53 billionaire bermula sebagai jurujual di syarikat milik orang lain, dan 9 billionaire lagi bekerja sebagai peniaga saham.

75 daripada 100 individu terkaya di dunia mempunyai ijazah, termasuklah Jack Ma (Alibaba Group), Sergrey Brin (Google) dan George Soros.

Dan daripada 75 billionaire yang mempunyai ijazah, majoritinya adalah pemegang ijazah kejuruteraan iaitu sebanyak 22 individu (29%) , termasuklah Larry Page (kejuruteraan komputer) dan Jeff Bezos (kejuruteraan elektrik). 

Bidang IjazahJumlah pemegang Ijazah
Kejuruteraan22
Perniagaan16
Ekonomi dan kewangan11
Undang-Undang6
Sains komputer4
Seni 3
Falsafah2
Politik2
Bahasa Inggeris2
Sejarah2
Matematik2
Perubatan1
Fizik1
Psikologi1
Penterjemah1

16 billionaire yang lain memegang ijazah dalam bidang perniagaan, 11 bidang kewangan dan ekonomi. Sebanyak 30 billionaire dalam senarai 100 terkaya di dunia bekerja dengan atau mewarisi harta keluarga, dan 17 yang lain memulakan syarikat sendiri, termasuklah Mark Zuckerberg dan Bill Gates.

bill gates dan jeff bezos

Jeff Bezos telah mendahului Bill Gates sebagai manusia terkaya di dunia pada bulan Julai yang lalu apabila berlaku lonjakan dalam saham Amazon, namun saham tersebut jatuh semula membuatkan Bill Gates kembali menggungguli carta tersebut, sejam Mei 2013.

Berikut adalah individu paling kaya di dunia ketika ini:

1. Bill Gates (RM367.5 billion) - Pengasas bersama Microsoft

2. Jeff Bezos (RM341 billion) - Pengasas dan CEO Amazon 

3. Amancio Ortega (RM341 billion) - Pengerusi Inditex 

4. Warren Buffett (RM311.6 billion) - Pelabur

5. Mark Zuckerberg (RM300.3 billion) - Pengasas dan CEO Facebook

6. Carlos Slim Helu & keluarga (RM262.5 billion) - Hartawan telekomunikasi

7. Larry Ellison (RM232.7 billion) - Pengasas bersama Oracle

8. Bernard Arnault (RM217 billion) - CEO Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH)

9. Michael Bloomberg (RM204.5 billion) - Pengasas Bloomberg L.P

10. Charles Koch (RM200 billion) dan David Koch (RM200 billion) - CEO Koch Industries

Rujukan : Telegraph




Hakcipta iluminasi.com (2017)