Oleh pada 09 Oct 2017 kategori

manusia terkaya di dunia

Senarai manusia terkaya atas muka bumi masih kekal diungguli oleh Bill Gates dengan kekayaan RM364 billion, diikuti oleh Warren Buffet dengan dan nama-nama lain seperti Jeff Bezos dan Mark Zuckerberg.

Namun, apa yang mengejutkan adalah ada sebuah syarikat multinasional yang mempunyai kekayaan melebihi nama-nama di atas dan tidak disenaraikan dalam manusia paling kaya di dunia. Syarikat tersebut tak lain dan tak bukan adalah Kumpulan Tata, dari India.

Sejarah Kumpulan Tata

jamsetji tata

Kumpulan Tata ditubuhkan pada 1868 oleh pengasasnya, Jamsetji Tata. Nama Tata mula menjadi bualan dan mendapat perhatian antarabangsa selepas bekerjasama dengan jenama terkenal dunia.

Dan Kumpulan Tata kini mengendalikan 96 buah syarikat yang mana 30 daripadanya disenarai awam termasuklah Tata Steel, Tata Motors, Tata Consultancy Services, Tata Power, Tata Chemicals, Tata Global Beverages, Tata Teleservices, Titan, Tata Communications, Taj Group dan banyak lagi. 

anak syarikat kumpulan tata

Dan jumlah permodalan pasaran keseluruhan syarikat ini bernilai RM719 billion. Jadi, dengan nilai sebanyak ini, mengapa bekas Pengerusi Kumpulan Tata, Ratan Tata dan pewaris Tata tak pernah dinamakan dalam senarai manusia terkaya di dunia?

Keuntungan dan kekayaan didermakan

Sebabnya adalah, 65% daripada keuntungan dan kekayaan keluarga dan syarikat ini diberikan kepada organisasi amal, dan bukan ditambahkan kepada kekayaan peribadi Ratan Tata. Malah, kekayaan Ratan Tata sebagai individu tidak melebihi USD1 billion.

ratan tata 746

Ratan Tata yang dilahirkan pada 28 Disember 1937, merupakan anak kepada Naval Tata. Naval Tata pula merupakan anak angkat kepada Navajbai Tata, dan cucu angkat kepada pengasas syarikat Tata, Jamsetji Tata yang diambil dari Rumah Anak Yatim J.N. Petit Parsi. Pendek kata, Ratan Tata merupakan cicit angkat kepada pengasas syarikat ini.

Ratan Tata menamatkan pendidikannya di Universiti Cornell dalam kursus seni bina dan kemudiannya menyambungkan pelajaran di Harvard Business School pada tahun 1975 dalam Program Pengurusan Lanjutan. Pada tahun 1991, Ratan diberikan tanggungjawab menggalas tugas sebagai pengerusi Kumpulan Tata.

ratan tata bekas pelajar universiti harvard

Dengan bakat yang ada, keuntungan yang dijana Kumpulan Tata meningkat dari 40% kepada 50% di bawah pentadbiran beliau.

Terlibat dalam kerja amal sejak mula

Sejak awal penubuhan lagi keluarga Tata memang sudah terlibat dalam kerja amal dan sangat dermawan. Mereka telah menyumbang dalam banyak perkara dalam membaikpulih kehidupan masyarakat setempat.

kerja amal oleh tata group

Antaranya adalah membaikpulih fasiliti penjagaan kesihatan, meningkatkan taraf sistem pendidikan, memperjuangkan kesaksamaan hak, sukan dan memelihara seni di India.

Antara institut yang ditubuhkan oleh Kumpulan Tata untuk kebajikan termasuklah :

  1. The Energy and Resources Institute.
  2. The JRD Tata Ecotechnology Centre
  3. National Centre for Arts
  4. Tata Centre for Technology and Design at Massachusettes Institute of Technology 
  5. Tata Institutes if Social Sciences
  6. Tata Football Academy
  7. Tata Cricket Academy
  8. Tata Centre for Technology and Design at IIT Bombay
  9. Tata Management Training Centre
  10. Tata Medical Centre.
  11. Tata Memorial Hospital
  12. Tata Trusts
  13. Tata Cancer Hospitals

Pada tahun 2007, Kumpulan Tata dianugerahkan penghargaan Carnegie Medal of Philanthropy di atas sumbangan amal mereka. Namun kerja-kerja amal mereka tidak terhenti di India sahaja, malah di peringkat antarabangsa juga.

harvard business school

Kumpulan Tata telah menjadi penderma antarabangsa yang menyumbang dalam bentuk wang terbanyak kepada Harvard Business School iaitu RM210 juta.

Wang tersebut didermakan untuk digunakan dalam pembinaan blok akademik dan bangunan asrama di kampus Boston, Massachusetts. Selain itu, Tata Chemicals juga telah melancarkan peranti pembersih air dalam rumah yang diberi nama Tata swach, dan dijual dengan harga yang sangat murah iaitu RM88.

tata swach hanya dijual dengan harga rm88

Ia membolehkan rakyat India yang kurang berkemampuan mendapat bekalan air yang bersih.

"Apa yang saya mahu lakukan adalah meninggalkan syarikat yang mampan yang beroperasi dengan teladan dari segi etika, nilai dan meneruskan apa yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita," - Ratan Tata

Hasilkan perisian untuk golongan buta huruf

Anak syarikat Kumpulan Tata, Tata Consultancy Services Limited (TCS) telah menghasilkan perisian komputer yang dikatakan mampu mengajar individu buta huruf untuk membaca, dalam hanya 40 jam pembelajaran.

Selain itu, syarikat ini juga sentiasa memastikan para pekerjanya terbela dengan memperkenalkan sistem pencen, fasiliti perubatan, cuti bersalin dan banyak lagi di setiap pejabat Tata di seluruh India.

hotel taj

Hotel Taj, anak syarikat Kumpulan Tata pernah diserang menyebabkan kerosakan pada bangunannya dan menyebabkan para pekerja terpaksa berhenti seketika menunggu ia dibaikpulih. Kumpulan Tata tidak membiarkan kakitangan ini dengan tetap memberikan gaji, dan membayar pampasan kepada pekerja landasan kereta api, kakitangan polis, pejalan kaki, penjual pasaran, dan penjaga kedai yang terjejas akibat serangan itu.

Usaha menghapuskan malaria di India

tata sedang fokus menghapuskan malaria di india

Pengumuman terbaru oleh Kumpulan Tata adalah mereka sedang dalam usaha menghapuskan malaria sepenuhnya dari India dan sedang membina The Tata Institute of Genetics and Society dengan kos RM294 juta. Tujuan pembinaan institut ini adalah untuk mengkaji dan mengubahsuai DNA nyamuk di India bagi membebaskan negara itu daripada penyakit maut tersebut.

Kerana kerja-kerja amal yang tiada penamatnya membuatkan mereka tidak menjadi antara salah seorang manusia terkaya di dunia. Matlamat utama mereka bukan untuk menjadi manusia terkaya di dunia tetapi menyumbang kepada masyarakat menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk didiami. Kasih sayang dan penghormatan yang diterima oleh Ratan Tata daripada masyarakat cukup untuk membuatkan beliau manusia paling kaya, gembira dan puas di dunia.

Rujukan:

1. Millionaires Saying

2. Zoro Astrian

3. Newscasters


tags : , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)