Kredit gambar: Instagram Teme Abdullah , Facebook Teme Abdullah , X (Twitter) Teme Abdullah , TikTok Teme Abdullah

       

Siapa Teme Abdullah? Beliau dikenali dalam bidang seni bina, penulisan dan lukisan. Bukunya sering mendominasi carta 'best seller' di kedai-kedai buku dan telah menerima pelbagai anugerah penulisan.

        

teme abdullah

       

Baru-baru ini, dia menarik perhatian netizen terutama dalam kalangan wanita semasa sesi 'meet and greet' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024. Perkongsian warganet di platform X menunjukkan keterujaan mereka bertemu dan berbual dengan Teme yang sentiasa mengaburkan wajah dalam foto-fotonya, bagi menutup identiti sebenar yang tidak didedahkan.

        

Biodata

Nama komersial: Teme Abdullah

Umur: 31 tahun (2024)

Tarikh lahir: 6 Mei 1993

Tempat lahir / Asal: Selangor

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Seni Bina di sebuah institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK)

Pekerjaan: Penulis, Arkitek, Pelukis

Instagram (IG): @itsteme

Tiktok: @temeabdullah

       

Latar Belakang

1. Teme mula menjejakkan kaki ke dunia maya pada tahun 2008 sebagai seorang penulis blog yang fokus pada komik dan doodle, satu hobi yang dipupuk semasa zaman sekolah menengahnya. Selepas menamatkan pengajian ijazah, beliau bekerja di sebuah firma seni bina di London.

2. Sebelum menjadi penulis buku, Teme lebih dikenali sebagai seorang pelukis jalanan yang menghasilkan lukisan bangunan di sekitar Kota London, tempat beliau menimba ilmu. Inspirasi daripada pengalaman ini mendorongnya untuk menulis sebuah buku yang berjudul Pelukis Jalanan, menceritakan kehidupan seorang pelajar Malaysia yang berusaha untuk menampung pengajiannya dengan menjual lukisan di United Kingdom.

3. Kejayaan buku pertamanya itu yang mendapat sambutan luar biasa membawa kepada penulisan sambungan buku berkenaan, Arkitek Jalanan. Buku kedua ini telah meraih paling banyak anugerah termasuk Anugerah Buku Negara 2018 dan Anugerah Buku Malaysia 2020.

4. Sehingga kini, Teme telah menulis beberapa buah buku, iaitu Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan, Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja, Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama & Kedua, Kapal Terakhir Di Dunia Episod I, II, & III dan Bayang Sofea. Buku pertamanya, Pelukis Jalanan, diterbitkan pada tahun 2016 ketika beliau masih seorang mahasiswa, manakala buku-buku lain ditulis selepas tamat pengajiannya.

        

Info

1. Dilahirkan dan dibesarkan di Selangor, 'Teme' adalah nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya semasa di sekolah menengah. Nama 'Abdullah' ditambah sendiri oleh beliau semasa mula menulis buku pada 2016. Nama Teme disebut sebagaimana loghat Kelantan yang bermaksud 'teman'. Gabungan Teme dan Abdullah membawa makna 'saya hanyalah hamba Allah'.

2. Pada 2018, walaupun memutuskan untuk merahsiakan identitinya, Teme mengadakan sesi bertemu peminat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan.

3. Tahun 2019, beliau dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan permaisuri baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk mempersembahkan karya-karyanya, termasuk dua naskhah T Planner. Potret lukisan baginda berdua oleh Teme telah menghiasi istana dan digunakan untuk pelbagai barangan rasmi.

4. Kisah Teme juga pernah muncul dalam beberapa episod rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, memperkenalkan nama dan karya-karyanya kepada ramai.

         

Fakta Menarik

1. Teme telah lebih sedekad bermastautin di luar negara, UK, kini sebagai arkitek, mengharungi pelbagai cabaran terutamanya semasa zaman pengajiannya.

2. Kecenderungan Teme pada seni lukis dikesan oleh ibu bapa dan guru-guru sekolahnya sejak kecil, yang sering menyebut tentang potensi beliau untuk menjadi arkitek.

3. Teme seringkali menggunakan pelitup muka di acara umum dan mengaburkan mukanya di media sosial. Walaupun peminatnya, terutama wanita, tidak mengenali wajahnya, mereka tetap gembira dapat bertemu dan mendengar suara beliau ketika sesi pertemuan.

4. Dia sering berkongsi nyanyian lagu-lagu Melayu dan Inggeris di laman sosial untuk menghiburkan pengikut.

5. Pengalaman kesusahan semasa menyambung pelajaran di London telah menginspirasikan Teme untuk berazam mewujudkan badan biasiswa bagi membantu pelajar Malaysia yang menghadapi masalah kewangan, suatu hari nanti.

        

Baca: Biodata Iddin Ramli, Penulis Buku Dan Personaliti Media Sosial

        

Anugerah

1. (Pertama) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2017 - Pelukis Jalanan

2. Pemenang MPH Best of 2017 - Arkitek Jalanan

3. Anugerah Buku Negara 2018 - Arkitek Jalanan

4. Anugerah Emas Kulit Buku Cantik 2018 - Pelukis Jalanan

5. Pemenang MPH Best of 2018 - Impian Jalanan

6. Pemenang MPH Best of 2019 - Signature Jalanan

7. Anugerah Buku Popular 2019 - Arkitek Jalanan

8. Anugerah Buku Malaysia 2020 -Arkitek Jalanan

9. 50 Best Malaysian Titles 2020/2021 - Selamat Tinggal Purnama

10. Pemenang MPH Best of 2021 - Kapal Terakhir Di Dunia

11. Pemenang MPH Best of 2022 - Empayar 3

12. (Pertama) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2023 - Empayar 3

13. No 1 Highest Rated Book In Asia & Oceania 2023 - Arkitek Jalanan

14. (Pertama) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2024 -Penulis Jalanan

        

Foto

muka sebenar teme abdullah

teme abdullah instagram susunan adik beradik keluarga wife birthday

teme abdullah mhi temerity penuh

Teme mendakap erat ibunya yang dicintai

empayar teme books

teme abdullah wikipedia

muka teme abdullah

teme abdullah blog

buku teme abdullah

teme abdullah face

teme abdullah kahwin

teme abdullah empayar

teme abdullah umur

siapa teme abdullah

teme

buku teme

Dia lebih suka dikenali melalui hasil karyanya tanpa mendedahkan identiti sebenar atas pendirian dan sebab-sebab peribadi. Kredit gambar: Instagram Teme Abdullah , Facebook (FB) Teme Abdullah , X (Twitter) Teme Abdullah , TikTok Teme Abdullah

        

Video

Kredit video: Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) by Teme Abdullah

       

Sumber:

1. Blog Teme Abdullah

2. Tanpa pembaris, tanpa pensel pelukis hasilkan potret Agong, Tunku Azizah - Pemilik nama pena Teme Abdullah mahu kekal rahsia identiti diri

3. Instagram Teme Abdullah

4. Facebook Teme Abdullah

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)