Kredit foto: Instagram Ungku Ismail Aziz

    

Ungku Ismail Aziz bakal menjadi gandingan terbaharu aktres Mira Filzah untuk drama rantaian yang akan menghiasi slot Akasia, berjudul Adellea Sofea.

Naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu menemui penonton mulai Disember ini, dengan turut menampilkan pelakon Jasmine Suraya Chin, Fizo Omar, Bella Dally, Iman Zulkarnain dan ramai lagi.

   

Biodata Ungku Ismail

1. Nama sebenarnya, Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz. Menggunakan nama komersial, Ungku Ismail Aziz.

2. Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 26 Disember 1985. Kini berusia 34 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak kepada pasangan Ungku Abdul Aziz (bapa) dan Faridah binti Ismail (ibu).

5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada University Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom.

6. Merupakan pelakon, pengarah, pengacara dan pemuzik yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

7. Antara drama dibintanginya seperti Dunia Baru, Tari Tirana, Isteri Tuan Ihsan, Sein Dan Luna, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Dendam Aurora.

8. Termasuk telefilem Sutun 2, Antara Garisan, Isteriku Bukan Tukang Masak, Hajat, Jubah Untuk Airin, Setan Dalam Poket dan banyak lagi.

9. Pembabitannya di pentas teater menerusi pementasan Wira Samudera, Wadah dan Tun Sri Lanang.

10. Pemegang trofi kategori Bintang Telenovela di Anugerah Telenovela ke-4 pada 2019.

    

Fakta Menarik

  • Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar, Johor Bahru.
  • Berketinggian 1.85 meter.
  • Mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Johor.
  • Pernah menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia musim kedua bersama rakan gandingan, aktres Fify Azmi.
  • Namanya sebagai pelakon melonjak naik selepas menjayakan watak Ezwan Lutfi dalam drama bersiri, Teman Lelaki Upahan yang bersiaran di slot Akasia TV3.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @ungkuismailaziz sehingga kini sudah mencatatkan lebih 370,000 pengikut.

    

Baca: 10 Fakta Pelakon Ungku Ismail Aziz Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

ungku ismail aziz

ungku ismail aziz family

sinopsis adellea sofea

ungku ismail aziz kerabat johor

drama adellea sofea

latar belakang ungku ismail aziz

Kredit foto: Instagram Ungku Ismail Aziz

   

Sumber:

1. Wikipedia Ungku Ismail Aziz

2. Wikipedia Slot Akasia

3. Ungku Ismail Semakin Dikenali

4. Ungku Ismail Kekok Lakonkan Adegan Romantik Dengan Kekasih Orang

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)