hh

Kredit foto: Instagram Iddin Ramli , Facebook Iddin Ramli

        

Siapa Iddin Ramli? Dia dikenali sebagai penulis buku dan pempengaruh motivasi, terkenal dengan nasihat dan dakwahnya yang membuka mata dan menyedarkan ramai, khususnya golongan muda.

        

iddin ramli

        

Selain itu, di media sosial, Iddin sering mengulas isu-isu semasa daripada perspektif agama.

Di dunia maya, dia mencipta fenomena. Sebagai selebriti media sosial, dia mempunyai lebih 1.3 juta pengikut di TikTok dan 1.2 juta pengikut di Instagram, menjadikan namanya sinonim dengan pengaruh dan populariti.

        

Biodata

Nama penuh: Muhammad Iddin bin Ramli

Nama komersial: Iddin Ramli

Umur: 27 tahun (2024)

Tarikh lahir: 4 November 1997

Asal: Rawang, Selangor

Keluarga: Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Pengurusan Zakat Dan Wakaf daripada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Pekerjaan: Penulis, Pempengaruh, Penceramah Motivasi, Pendakwah Media Sosial, Usahawan

Instagram (IG): @iddinramli

Tiktok: @iddinramlii

        

Latar Belakang

1. Iddin memulakan perjalanannya dalam bidang penulisan pada tahun 2019. Namun, populariti dan pengiktirafan yang setimpal diperoleh selepas karya pertama terbitannya, "Hati Ke Hati" mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih daripada 30,000 naskhah terjual, menjadikannya buku terlaris.

         

iddin ramli age

         

2. Karya penulisannya dalam bentuk buku juga menerusi judul Berakhirnya Mendung Kelabu, Noktah Yang Memujuk, Noktah Yang Memujuk 2, Noktah Yang Memujuk 3, Patah Sayap Sebelum Sembuh, Patah Sayap Sebelum Sembuh 2, Seikhlas Itu Muhammad Mencintaimu, Curhat Perihal Mekar, Curhat Perihal Si Permata dan Curhat Perihal Si Kaca.

         

iddin ramli wikipedia

        

3. Iddin turut dikenali sebagai pengasas platform 'Naseehat' di mana dia menyebarkan dakwah agama dan motivasi kepada generasi muda dengan gaya yang santai namun berkesan.

4. Sebagai pengendali syarikat 'Naseehat Holding Sdn Bhd', dia terus mengukuhkan kewujudan platform dakwahnya dan memperluas pengaruhnya dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia.

        

buku iddin ramli

        

5. Kecintaannya terhadap seni dicerminkan menerusi kerjasama dengan Autotune Band dalam projek nyanyian lagu "Jauh".

        

Fakta Menarik

1. Iddin merupakan anak terakhir dengan dua orang abang yang mendahuluinya.

         

iddin ramli umur

        

2. Dia memasuki dunia penciptaan video di media sosial sejak Mac 2019.

3. Sebagai seorang yang menjalani kehidupan berumahtangga sejak 2021 dengan isterinya, Nabilah binti Abd Aziz, atau lebih dikenali sebagai Bella, iaitu seorang graduan Pengurusan Haji dan Umrah, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), dia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuff Ayyash.

        

Baca: 8 Fakta Mengenai Alif Teega Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Mengenai Aisyah Hijanah Azhari Yang Ramai Tak Tahu!

        

Foto

iddin ramli facebook jom donate pw community

iddin ramli quotes

iddin ramli biodata biography ibu bapa

iddin ramli asal mana

iddin ramli book

iddin ramli pendidikan

iddin ramli kahwin

Iddin berkahwin dengan pilihan hati, Nabilah Abd Aziz

iddin ramli wife

nama penuh iddin ramli

Kredit foto: Instagram Iddin Ramli , Facebook Iddin Ramli

         

Video

Kredit video: Iddin Ramli | Buka Cerita (Ep. 3)

        

Sumber:

1. Instagram Iddin Ramli

2. Facebook Iddin Ramli

3. Berapa umur aku? Macam mana aku berhijrah? Manutd atau Liverpool? (Q&A with iddin ramli)

4. Iddin Ramli | Buka Cerita (Ep. 3)

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)