Walaupun memperoleh keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelawak Shuib Sepahtu membuktikan dia mempunyai cara tersendiri untuk mengejar kejayaan hidup, meskipun tidak melanjutkan pengajian selepas tamat persekolahan.

  

shuib sepahtu 685   

    

Menyifatkan usaha keras tanpa berputus asa sebagai rahsianya, pengusaha perniagaan Bubblebee ini menerusi rancangan Trek Selebriti berkongsi pandangan.

"Itulah dia hasil usaha keras. Kita tak boleh berhenti untuk terus mencuba. Dan bila kita nak buat sesuatu, kita perlu pastikan kita lakukannya sampai jadi," katanya ketika diwawancara hos program itu.

  

Baca: Biodata Penyanyi Siti Sarah, Anak Raisuddin Hamzah

Baca: 10 Fakta Siti Sarah Raisuddin Yang Ramai Tak Tahu! bubble bee 944

     

Untuk info, Shuib memperoleh keputusan SPM dengan gred 2A, 2B dan 4C.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu dibesarkan di sebuah rumah kayu di kawasan perkampungan, namun katanya ia mempunyai nostalgia yang tersendiri kerana mengajar dia tentang erti kesusahan, sebelum mendapat peluang menikmati kemewahan hidup hasil titik peluhnya sendiri.

  

Baca: Biodata : 10 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

siti sarah 633

     

Info Shuib Dalam Bidang Keusahawanan

- Mengusahakan jenama Bubble Bee yang merupakan air boba berasaskan madu lebah.

- Sebelum ini dia pernah mengendalikan pelbagai jenis bisnes seperti perniagaan produk kopi dan kurma, namun semuanya berakhir dengan kegagalan.

- Menganggap tempoh tujuh tahun kejatuhan dalam dunia perniagaan sebagai pengalaman yang berharga baginya, malah pengalaman tersebut dikatakannya lebih mahal daripada kejayaan yang dimilikinya sekarang.

- Bacaan surah al-Waqiah dan bersedekah merupakan antara amalan yang menjadi rahsia.

  

Baca: Selepas Meninggal Dunia, Pengurus Dedah Kisah Sebelum Siti Sarah Raisuddin Masuk Hospital.. Rupanya..

Baca: "Berbual Soal Kematian, Arwah Ada Menyebut Keinginan.." - Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib Buka Mulut

biodata shuib 949

Shuib bersama ibunya, Salamiah Jalani

rumah shuib

Tidak mempunyai adik beradik, Shuib merupakan anak tunggal dalam keluarga

shuib ig 333

sarah raisuddin 806

Pernah berpadu suara bersama isterinya, Siti Sarah menerusi lagu duet, Cinta Itu Nyawa

siti sarah shuib 456

bumblebee shuib 653

Kredit foto: Instagram (IG) Shuib Sepahtu

   

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Shuib Sepahtu

Baca: Biodata Jep (Anggota Kumpulan Sepahtu), Suami Sari Yanti

   

Kredit video: Begitu Begini Dj Nazz : Susah Senang Shuib & Siti Sarah

  

Sumber:

1. Trek Selebriti Bersama Shuib

2. Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)