Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

Pemergian penyanyi terkemuka, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin merupakan satu kehilangan yang besar buat industri seni hiburan negara.

  

Bukan sahaja bersandarkan profil hebat sebagai penyanyi, malahan dia juga dikenang dan menjadi perbualan hangat sahabat karib kerana hubungan baik yang dijalinkan serta sikap yang rajin bersedekah.

  

Dia meninggal dunia pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 5.13 pagi, selepas menderita komplikasi wabak Covid-19.

  

Arwah yang berkahwin dengan pelawak Shuib Sepahtu, meninggalkan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang dilahirkan pada minggu lalu.

  

Salam takziah kami ucapkan buat keluarga Siti Sarah dan Shuib. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.

  

Khas buat para pembaca, kami kongsikan biodata edisi "10 fakta menarik" tentang insan seni yang tidak akan ada penggantinya ini.

  

siti sarah raisuddin 254

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

Biodata: 10 Fakta Siti Sarah Raisuddin Yang Ramai Tak Tahu!

1. Dipetik daripada rancangan Trek Selebriti 2020, Sarah dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

  

siti sarah 992

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

2. Dia adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dibesarkan bersama seorang abang, Ahmad Firdous dan adik bernama Ahmad Yazeed.

  

3. Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn.

  

sarah 619

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

4. Ibunya, Nur Aini binti Mohamad, terlebih dahulu meninggal dunia pada 26 Jun 2013 di usia 56 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit melibatkan kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

  

5. Ibu tirinya yang bernama Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makde, 34 tahun, merupakan seorang bekas juruhebah di radio Hot FM.

  

sarah raisuddin 605

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

6. Mula berjinak-jinak dalam seni nyanyian sejak tahun 1994 ketika berusia 10 tahun yang mana sewaktu itu dia mengalunkan lagu berjudul Flora Cinta yang dipopularkan oleh Min Malik.

  

7. Sebelum berhasrat menjadi penyanyi, Sarah sebenarnya pernah mengidam kerjaya sebagai seorang pereka fesyen!

  

lagu lagu siti sarah

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

   

8. Pertandingan nyanyian pertama yang disertainya adalah Bintang Hai, selain pernah mencuba nasib dalam Bintang RTM 2001, meskipun hanya layak sebagai finalis akhir. Penyertaan seterusnya di Bintang URTV telah membuka ruang kepada beberapa tawaran kontrak rakaman.

  

9. Komposer Helen Yap merupakan individu pertama yang meyakinkan bakat terpendam yang dimilikinya. Menurut Sarah, Helen telah meniupkan kata-kata pujian berkenaan vokal baik yang dianugerahkan kepada beliau.

  

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

  

sarah shuib 116

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

  

10. Sarah mula mengenali suaminya, Shuib menerusi rancangan komedi, Gelak Khas yang pernah ke udara di saluran Astro Warna. Sebelum itu, dia pernah bertunang dengan seorang jejaka dari New Zealand bernama Muhammad Harith Fuad Robinson yang merupakan seorang pelumba motosikal, namun ikatan pertunangan sejak Januari 2007 itu terputus pada 2008.

  

Untuk biodata asas Siti Sarah, anda boleh baca artikel: Biodata Siti Sarah, Anak Raisuddin Hamzah

  

Baca: 10 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Pelawak Shuib Sepahtu

Baca: Selepas Meninggal Dunia, Pengurus Dedah Kisah Sebelum Siti Sarah Raisuddin Masuk Hospital.. Rupanya..

Baca: "Berbual Soal Kematian, Arwah Ada Menyebut Keinginan.." - Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib Buka Mulut

   

shuib 55

siti sarah lagu

ibu siti sarah 814

Kredit foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

       

Kredit video: Raissuddin (bapa) cerita detik perpisahan dengan Siti Sarah, sempat pegang tangan sebelum pergi...

  

Sumber:

1. Magis sedekah, jubah arwah Siti Sarah laris

2. Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia

3. Siti Sarah selamat dikebumi [METROTV]

4. The Star

5. Trek Selebriti Siti Sarah

6. Di Balik Idola Bersama Siti Sarah

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)