hh

Kredit foto: Instagram Sekys , Facebook Muhd Haqqullah

       

Siapa Sekys? Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman, lebih dikenali sebagai Sekys, adalah seorang pemain muda dalam bidang e-sukan (sukan elektronik) Malaysia.

        

Biodata

Nama sebenar: Muhammad Haqqullah bin Ahmad Shahrul Zaman

Nama komersial: Sekys, Sekyss, Sekysss, Sekyyss

Umur: 18 tahun (2024)

Tarikh lahir: 14 Februari 2006

Tempat lahir / Asal: Terengganu

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan: Atlet e-sukan (Ahli Team Yoodo Selangor Red Giants)

Instagram (IG): @srg.sekyssss

Tiktok: @srg.sekyss

       

Latar Belakang

Mula menceburi arena kompetitif sejak usia 14 tahun, Sekys membuktikan bahawa usia muda bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan besar. Walaupun bukan berasal daripada keluarga yang berada, semangat juang dan dedikasinya telah membawa Sekys kepada gelaran juara dunia.

         

sekys biodata wikipedia

        

Dilahirkan sebagai anak Malaysia, dia merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Selangor.

        

sekys

        

Ketika masih bersekolah, Sekys membahagikan masa antara pelajaran dan latihan e-sukannya.

Difahamkan, dia akan menyiapkan segala tugasan di sekolah terlebih dahulu sebelum meluangkan masa untuk latihannya di rumah.

         

sekys asal mana

       

Pada awalnya, pembabitannya dalam dunia e-sukan tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa dan keluarganya. Namun, hasil kerja keras dan kemampuannya menjana pendapatan sampingan telah membuatkan mereka perlahan-lahan menerima dan menyokong minatnya.

        

sekys spm

        

Sebagai pemain posisi jungler bagi pasukan Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekys kini mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Pasukan SRG yang dianggotainya telah menjuarai kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, menumbangkan juara bertahan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3, di kejohanan final yang berlangsung di Amazon Arena, Riyadh, Arab Saudi pada Ahad lalu.

        

Fakta Menarik

1. Kejayaan Antarabangsa: Kemenangan di MSC 2024 bukan sahaja memberi kebanggaan kepada Sekys dan pasukan SRG, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Mereka berjaya menamatkan penantian tujuh tahun untuk melihat wakil negara muncul juara dalam kejohanan tersebut. Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah US$1 juta (RM4.6 juta).

        

selangor red giant

        

2. Pemain Paling Bernilai: Dalam kejohanan itu, Sekys dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) dengan perolehan hadiah tambahan AS$50,000 (RM233,706).

       

selangor red giant mlbb

       

3. Pengorbanan Kepada Keluarga: Sekys merancang untuk menggunakan hadiah wang kemenangan yang diraih untuk membina rumah baharu buat keluarganya di Terengganu. Dia juga bercadang untuk menyimpan sebahagian wang kemenangan tersebut di Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai langkah pertama untuk memastikan kestabilan kewangan.

        

Foto

sekyss

sekys mlbb

sekys age

sekys umur

srg mlbb

srg

Pasukan SRG antaranya turut dianggotai oleh Hazziq Danish Mohamad Rizwan (Stormie), Ilman Zareef Zulkifli (Gojes), Muhammad Qayyum Arffin Mohd Suhairi (Yums) dan beberapa lagi.

sekys ig adik beradik

sekys wikipedia

sekysss

Kredit foto: Instagram Sekys , Facebook Muhd Haqqullah

        

Video

Kredit video: "Saya akan siapkan kerja sekolah di sekolah dan saya akan fokus latihan bila di rumah!"

       

Sumber:

1. Tunjuk 'hasil' kepada ibu bapa bagi kebenaran sertai e-sukan - Sekys

2. Sekys mahu bina rumah baharu untuk keluarga daripada hadiah RM4.6 juta

3. Saya mula sertai arena kompetetif sejak umur 14 tahun-Sekys

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)