Kredit foto: Instagram Adinda , Facebook Adinda Tasya [1 , 2]

         

Dalam program The Masked Singer Malaysia Musim 4, Adinda dari program Ceria Popstar menyertai sebagai penyanyi misteri di bawah identiti Biskut Aiskrim dan dia memenangi tempat keempat pada peringkat akhir pertandingan tersebut.

        

Siapa Adinda Ceria Popstar? Ini Biodatanya..

Nama penuh: Adinda Tasya binti Mansor

Nama komersial: Adinda Tasya, Adinda, Adinda Ceria Popstar

Umur: 19 tahun (2024)

Tarikh lahir: 23 Oktober 2005

Asal: Taiping, Perak

Agama: Islam

Pekerjaan: Penyanyi

Instagram (IG): @officialadindatasya

Tiktok: @officialadindatasya

        

Latar Belakang

1. Dia merupakan anak kepada pasangan Mansor Man (bapa) dan Ernisyah Amron (ibu).

2. Minat dalam seni vokal, Adinda memulakan penglibatan pada usia lima tahun dan kerap menyertai pertandingan nyanyian.

3. Pembabitannya sebagai salah seorang finalis dalam pertandingan realiti nyanyian, Ceria Popstar musim ketiga pada 2015, membawanya ke tempat kelima pada peringkat akhir.

4. Bakatnya dikembangkan dalam rancangan nyanyian untuk kanak-kanak, Let’s Sing Kids Musim 4 di Hunan TV, China. Dia terpilih sebagai salah seorang daripada 18 peserta terbaik, bersaing dengan kanak-kanak dari Kanada, Hong Kong, Taiwan dan Amerika Syarikat, serta videonya yang menyanyikan lagu "Next Stop In The Future" (nyanyian asal Lin Yu-Chun) dalam bahasa Mandarin semasa pusingan pengenalan, telah mendapat perhatian meluas di dunia maya.

5. Seterusnya, dia mencapai tempat ketiga dalam program Ceria Megastar 2020 di Astro Ceria, dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia (ATNM) 2021 (dalam episod istimewa ulang tahun Astro ke-25) dan pada 2024, berada di tempat keempat The Masked Singer Malaysia Musim 4 menerusi kostum Biskut Aiskrim.

        

Fakta Menarik

1. Fasih berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

2. Pendidikan awalnya bermula di sekolah Cina sejak dia berusia tiga tahun.

3. Sejak prasekolah, dia telah mula menyanyikan lagu-lagu Cina.

4. Dalam pertandingan, lagu pertama yang dilantunkannya ialah Mama De Shou (Mama's Hands).

5. Dia pernah dilihat netizen sebagai bakal mengikuti langkah Shila Amzah ekoran kejayaan di negara China.

6. Adele dan Na Ying, artis yang disanjungi olehnya, menjadi inspirasi dan lagu-lagu penyanyi itu sering dibawakannya di rumah.

          

Untuk keputusan markah juara dan para pemenang The Masked Singer Malaysia Musim 4 Akhir, baca artikel: Keputusan Markah, Senarai Lagu Tugasan Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2023 / 2024 Musim 4

        

Foto

adinda ceria popstar wikipedia

the masked singer 884

adinda penyanyi

masked singer 2024

adinda masked singer

adinda tasya umur

adinda

masked singer malaysia 2024

adinda malaysia

adinda ceria popstar

masked singer malaysia 643

adinda tasya

biskut aiskrim

the masked singer malaysia 276

Kredit foto: Instagram Adinda , Facebook Adinda Tasya [1 , 2]

        

Video

Kredit video: Adinda - Jar Of Heart #alltogethernowmalaysia

         

Sumber:

1. Adinda tawan China dengan bakat luar biasa

2. Adinda Intai Pusingan Seterusnya Pertandingan Nyanyian Di China

3. Ayuh Adinda, buktikan kemampuanmu

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)