Biodata

1. Berumur 27 tahun.

2. Lahir dan membesar di Petaling Jaya. 

3. Mempunyai lima orang adik-beradik.

4. Anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk. 

5. Bukan sahaja memiliki rupa paras menarik, malah berpendidikan tinggi! Pernah menuntut di Cass Business School, City University London selama tiga tahun.

6. Mempunyai pengalaman bekerja di Cambodia.

7. Kini memegang peranan sebagai pengurus besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka. Kerjayanya berkaitan hal pemasaran, operasi dan strategi korporat.

8. Merupakan bekas peserta program realiti, On Air musim kedua pada tahun 2013, iaitu sebuah rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang pengacaraan. Beliau mendapat tawaran tersebut daripada Datuk Aznil Nawawi.

9. Ketika ditanya Majalah EH! akan tiga perkara yang menggambarkan dirinya, beliau menjawab, "Saya seorang yang straightforward, tidak pandai beat around the bush, dan diplomatic is not my strength“.

10. Dalam artikel EH! mengatakan Faris pernah bercakap tentang Elfira di laman Twitternya. Selepas pertemuan dengan Datuk Aznil di sebuah career fair, beliau merakamkan gambar bersama Elfira dan tweet "Thank you so much Datuk, if you could help to introduce me to Elfira, very much appreciated".

11. Beliau dikatakan seorang yang bersikap perahsia.

12. Akaun Instagramnya hanya mempunyai beberapa keping gambar sahaja. Malah beliau memprivatekannya daripada tatapan umum. Hanya selepas persandingan dengan Elfira, dia akhirnya unprivate akaun tersebut, seterusnya meraih lebih 170,000 ribu pengikut!

13. Sesetengah netizen mendakwa wajahnya mempunyai iras suami pelakon Fazura iaitu Fattah Amin.

14. Faris yang berhubungan cinta dengan Elfira selama beberapa bulan, akhirnya memilih untuk mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 sebelum berkahwin pada 1 Januari 2019.

Foto

biodata penuh faris khairol anuar suami pelakon elfira loy 2

biodata penuh faris khairol anuar suami pelakon elfira loy 3

biodata penuh faris khairol anuar suami pelakon elfira loy 4

biodata penuh faris khairol anuar suami pelakon elfira loy 5 973

biodata penuh faris khairol anuar suami pelakon elfira loy 6

           

Kredit:

1. Majalah EH!

2. Glam Lelaki

3. Astro Gempak [1, 2]

4. Instagram Faris Khairol Anuar




Hakcipta iluminasi.com (2017)