fairuz ahmad zainuddin biodata

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

  
Fairuz Ahmad Zainuddin pernah dikenali umum ketika bergelar suami kepada usahawan selebriti terkemuka, Hasmiza Othman atau lebih terkenal sebagai Datuk Seri Vida (DSV).
  
Menjadi teman hidup kepada wanita sensasi itu, merupakan titik tolak kepada popularitinya di mata awam.
  
Namun begitu, perkahwinan mereka gagal diselamatkannya dan pasangan ini memilih untuk bercerai pada tahun 2017.
  

Biodata Fairuz Ahmad Zainuddin

1. Nama penuhnya, Fairuz bin Ahmad Zainuddin dan dikenali sebagai Fairuz.
2. Berumur 43 tahun (2021). Dilahirkan di Ipoh, Perak pada 6 Januari 1978.
3. Pernah berkongsi hidup dengan usahawan kosmetik, Hasmiza Othman atau nama popularnya, Dato Sri Vida pada Januari 2014, sebelum bercerai pada 7 April 2017.
4. Fairuz kembali berumah tangga pada September 2020 dengan seorang usahawan dari Kuala Terengganu, Suhaila Adnan, 44, yang merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak.
5. Kini, beliau giat dalam mengusahakan bisnes takaful.
6. Pernah membuat kemunculan dalam program realiti The House musim kedua pada 2016, penampilan bersama Vida, Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Muhammad Eric Zecquan (Kacak) yang memberi fokus kepada kehidupan peribadi mereka sekeluarga.
   

Fakta Menarik

1. Selesa disapa dengan nama panggilan 'Along'.
2. Selain keupayaan menguruskan bisnes, beliau juga berkemahiran dalam hiasan dalaman rumah.
3. Lima perkataan digunakannya untuk menggambarkan personaliti diri adalah pendiam, penyayang, penyabar, hormat orang tua dan 'cool'!
4. Menghabiskan masa menunggang motosikal berkuasa tinggi setiap kali mempunyai masa terluang.
5. Antara lagu yang digemari termasuk 'Nothing Else Matters' nyanyian kumpulan Metallica.
6. Seorang pencinta kucing.
       
   

Gambar

cik b 336
fairuz ahmad zainuddin instagram
suami dato vida
dato vida kahwin 570
anak dato vida 231
keluarga dato vida
bekas suami dato vida 936
datuk vida 391
dato vida 531
fairuz ahmad zainuddin

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida, Facebook Sayang Sayang DSV & Facebook Fifty4Ferns

  
Sumber:
3. The House Musim 2 Episod 1
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)