Kredit foto: Instagram Vivy Yusof

    

Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof merupakan seorang usahawan wanita, personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia.

Beliau adalah pengasas jenama produk FashionValet dan Duck.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Vivy Sofinas binti Yusof.
  • Menggunakan nama komersial, Vivy Yusof.
  • Kelahiran Kajang, Selangor pada 11 Disember 1987.
  • Berumur 33 tahun.
  • Anak kepada pasangan Yusof Jusoh (bapa) dan Aishah Jelani (ibu).
  • Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Kakaknya bernama Intan Sofinas Yusof.
  • Bergiat sebagai seorang usahawan, personaliti televisyen, ikon fesyen dan pengasas bersama FashionValet dan The Duck Group.
  • Mula mengasaskan FashionValet selepas tamat pengajian di United Kingdom bersama Fadza Anuar yang ketika itu adalah tunangnya.
  • Pada 2012, beliau bersama Fadza merangkul gelaran juara dalam rancangan realiti televisyen, Make The Pitch yang membawa kepada kemenangan berupa pelaburan berjumlah RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, untuk kepentingan 30% dalam syarikat itu.
  • Mendirikan rumah tangga pada 2012 dengan Fadza atau nama sebenarnya, Fadzaruddin Shah Anuar yang merupakan rakan sekolejnya dan hasil perkongsian hidup, mereka sehingga kini dikurniakan tiga orang anak iaitu Daniel Azim Shah (lahir 2013), Mariam Iman Shah (lahir 2015) dan Sarah Ilham Shah (lahir 2018).
  • Kemunculannya di layar kaca televisyen menerusi program berkonsepkan realiti berjudul Love Vivy tayangan Astro Ria.
  • Love Vivy mengangkat kisahnya menjayakan peranan sebagai wajah utama dalam dunia fesyen dengan mengusahakan empayar peruncitan dalam talian, FashionValet dan jenama skaf, Duck, selain memegang tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu.
  • Love Vivy telah disambung ke musim kedua pada 21 Februari 2017 siaran saluran TV sama.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @vivyyusof sehingga kini mencatatkan lebih 1.8 juta pengikut.

     

Baca: Biodata Fadza Anuar, Suami Usahawan Vivy Yusof

    

Pencapaian

  • Dinamakan sebagai Friend of Louis Vuitton.
  • Pernah dipilih sebagai penghias muka depan majalah-majalah berprofil tinggi tempatan seperti HerWorld, Prestige dan Tatler.
  • Berada dalam senarai Tatler's 2017 Generation T.
  • Top 50 Rising Tech Stars in Asia.
  • Pernah memasuki media antarabangsa, antaranya BBC, The New York Times dan Forbes.
  • Selepas menulis blog selama lebih sepuluh tahun, beliau berada dalam sekelompok blogger terbaik Malaysia dengan meraih 250,000 hits bulanan di blog Proudduck.
  • Menjadi antara individu berpengaruh dalam bidang fesyen dan media sosial, kini dia sibuk memenuhi undangan acara-acara fesyen di serantau Asia Tenggara.
  • Menyertai Endeavour sebagai orang melayu pertama, bersama suaminya, iaitu sebuah organisasi global yang "memilih, mentor dan mempercepatkan usahawan berimpak tinggi".
  • Memasuki senarai Forbes '30 Under 30′ Asia pada April 2017.
  • Pada 26 Mei 2019, beliau menjawat peranan sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Lain-lain pencapaiannya termasuk pengiktirafan di Bella Business Award 2013, Ikon Wanita Puteri UMNO 2014, Prestige Magazine's 2015 List of Top 40 Under 40, Women's Weekly Malaysia's Finance and Commerce Nominee for the Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award from Tribute To Women Malaysia (anugerah ini diberikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah), pencalonan Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017 dan pencalonan Top 5 kategori Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

    

Foto

vivy yusof 277

vivy yusof uitm

siapa vivy yusof

instagram vivy yusof

keluarga vivy yusof

wikipedia vivy yusof

anak yusof jusoh

suami vivy yusof 536

adik intan sofinas yusof

isteri fadza anuar

Kredit foto: Instagram Vivy Yusof

      

Video

Kredit video: Responding to your assumptions about me | Vivy Yusof

    

Sumber:

1. "Love, Vivy" tonjol kehidupan sebenar usahawan online

2. Vivy Yusof selamat bersalin, namakan anak bongsu Sarah Ilham Shah

3. Wikipedia Vivy Yusof

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)