Kredit foto: Instagram Aiman Ameer

       

Aiman Ameer merupakan anak muda yang berjaya merangkul gelaran juara Hero Remaja musim 2023, mengukir namanya dalam program pencarian bakat dan personaliti itu.

        

juara hero dewi remaja 2023

         

Bersamaan itu, dia telah menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000, berserta trofi dan juga selempang sebagai tanda penghargaan.

         

aiman ameer

       

Kemenangan itu secara tidak langsung mengecualikan peluang tujuh peserta lain, iaitu Fitri Farok, Razin Qidran, Evertts Gomes, Jay Iskandar, Hakim Khan, Jaysong dan Azri Safix.

Selain daripada itu, dia turut dinamakan sebagai Hero Inspirasi Yaya Empire yang menerima ganjaran berupa kontrak bernilai RM20,000 bersama penajaan dari Yaya Empire.

Manakala, dalam kategori Dewi Remaja, barisan peserta diwakili oleh Nurel, Arabella Ellen, Adrina, Myra, Amira Rafik, Azqa, Qist dan Cora.

Nurel dinyatakan sebagai juara untuk kategori Dewi Remaja musim ini.

       

Biodata Aiman Ameer (Hero Remaja 2023)

Nama penuh: Che Aiman Ameer bin Che Kamarudin

Nama komersial: Aiman Ameer

Umur: 23 tahun (2023)

Tarikh lahir: 15 Januari 2000

Asal: Johor Bahru, Johor

Ketinggian: 170 sentimeter (cm)

Keluarga: Anak keempat daripada lima orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Jurusan Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan daripada Politeknik METRO Johor Bahru

Pekerjaan: Pelakon, Model

Instagram (IG): @aimanameer

Tiktok: @aiman_ameer

       

Latar Belakang

1. Aiman sebelumnya merupakan pramugara di syarikat penerbangan komersil, Air Asia. Keputusan berani diambilnya untuk meninggalkan langit biru demi mengejar cita-cita terhadap seni.

         

hero dewi remaja 2023 17841

         

2. Sebagai pelakon, dia menonjolkan kehadiran di kaca televisyen dengan memainkan watak dalam drama Cempaka Malaya siaran saluran TV2 pada tahun 2022.

         

hero dewi remaja 96547

         

3. Juga, dia pernah bergelar model dalam video muzik lagu yang popular, "Retak Hatiku", dinyanyikan oleh Iera Milpan pada Julai 2023, yang mencetus fenomena dan menjadi trending di platform YouTube.

         

Fakta Menarik

aiman ameer wikipedia

        

1. Suka bermain ragbi dan memetik melodi dengan ukelele.

2. Mempunyai adik kembar sebaya yang bernama Che Aiman Ammar.

Mereka berdua pernah mencuri tumpuan ramai menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok Aiman Twins, dengan video yang mencapai 2.7 juta tontonan!

3. Kedua-dua mereka memiliki persamaan iaitu kesukaan terhadap permainan video.

4. Mereka pernah diwawancara dalam rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini di TV3 dalam topik 'Pasangan Kembar... Mencari Perbezaan', pada 18 Ogos 2021.

5. Bidang kebolehan bakat Aiman merangkumi lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

        

Baca: Biodata Qistina Rania, Finalis Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Evertts Gomes, Finalis Hero Remaja 2023

Baca: Biodata Fitri Farok, Naib Juara Hero Remaja 2023, Cucu Pelakon Normah Damanhuri, Anak Saudara Kepada Usahawan Kak KM

Baca: Biodata Nurel Baharin, Juara Dewi Remaja 2023

Baca: Biodata Arabella Ellen, Naib Juara Dewi Remaja 2023

Baca: Senarai Peserta / Finalis, Info Penuh Hero Dewi Remaja 2023

         

Keputusan Dan Hadiah Hero Dewi Remaja 2023

Hero Remaja 2023

Juara - Aiman Ameer (RM10,000 dan sebuah trofi)

Naib juara (Tempat Kedua) - Fitri Farok (RM7,000 dan sebuah trofi)

Hero Inspirasi - Aiman Ameer (Kontrak kerjasama bernilai RM20,000 dan sebuah trofi)

Hero Favourite - Razin Qidran (RM1,000 dan sebuah trofi)

         

Dewi Remaja 2023

Juara - Nurel (RM10,000 dan sebuah trofi)

Naib juara (Tempat Kedua) - Arabella Ellen (RM7,000 dan sebuah trofi)

Dewi Inspirasi - Adrina (Kontrak kerjasama bernilai RM20,000 dan sebuah trofi)

Dewi Favourite - Nurel (RM1,000 dan sebuah trofi)

       

Best Chemistry Duo - Jay Iskandar dan Arabella Ellen

         

Foto

aiman ameer instagram

aiman ameer age height ig

hero remaja 2023 65914

aiman ameer umur

aiman ameer tinggi

aiman ameer hero remaja

hero remaja 74235

Kredit foto: Instagram Aiman Ameer

         

Video

Kredit video: Pasangan Kembar... Mencari Perbezaan | MHI (Episod 18 Ogos 2021)

        

Sumber:

1. Hero Dewi Remaja 2023

2. Instagram Majalah Remaja

3. Kembar kacak gembira bertugas di PPV! Kongsi hobi sama tapi ada satu perkara yang mereka ‘pantang’ - “Kami lain dari kembar lain”

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)