biodata dan latar belakang zaaim juara mentor 7 1

Biodata

Nama penuh: Zaaim Abdullah

Nama popular: Zaaim

Umur: 29 tahun (2019)

Asal: Alor Setar, Kedah

Pekerjaan: Penyanyi

Media sosial: Instagram @zaaim_mentor7

Fakta Menarik

1. Asalnya menyara kehidupan sebagai pekerja restoran makanan segera.

2. Juara program realiti nyanyian terbitan TV3, Mentor musim ketujuh (Mentor 7) menewaskan Amirul yang juga protoge Hafiz Suip, Pasya (Aizat) dan Ranisha (Datuk Syafinaz) di peringkat akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lagu Gemuruh (duet bersama Lan Solo) dan Bukan Rayuan Gombal (Judika) yang dipertaruhkan anak didik kepada mentor penyanyi Siti Nordiana (Nana) ini membawa tuah kemenangan buatnya sekaligus membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM80,000 serta sebuah kereta bernilai RM70,000.

3. Sebenarnya Zaaim berhasrat mempertaruhkan lagu balada seperti Sumpah Cintaku dipopularkan Asfan Shah atau lagu klasik seperti Azura (Datuk Jamal Abdillah), namun terpaksa akur dengan permintaan Nana yang bertegas ingin dirinya mendendangkan lagu Bukan Rayuan Gombal (Judika).

4. Kelihatan gementar sewaktu ditemubual media kerana mengatakan masih terkejut dengan takhta juara yang disandang.

5. Mendedikasikan kemenangan itu buat ibu tercinta yang juga menjadi penonton di konsert kemuncak berkenaan.

6. Ingin dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan muzik bergenre rock balada kerana dianggap bersesuaian dengan karakter vokalnya. Namun Nana menyifatkan vokal Zaaim berkebolehan menyanyi pelbagai jenis muzik kerana dalam pertandingan itu sendiri, jejaka itu telah menggalas cabaran membawa lagu-lagu irama Malaysia, Hindi, rock dan balada.

7. Nana juga mendedahkan Zaaim seorang yang amat pemalu di awal kemunculan beliau.

8. Meskipun mampu mendabik dada sebagai juara rancangan realiti popular itu, namun Nana menasihatkan agar Zaaim mempelajari teknik berkomunikasi serta perlu pandai menjaga imej penampilan diri. Selain itu, anak muda berkenaan dikatakannya harus sentiasa merendah diri, bersemangat untuk terus mempelajari perkara baru, terbuka menerima sebarang teguran serta dapat bekerja dengan pelbagai jenis orang dalam industri hiburan yang semestinya mempunyai bermacam ragam yang perlu difahami.

9. Nana juga akan terus memberi bantuan sedaya mungkin buat bakat baharu itu di masa mendatang.

Foto

biodata dan latar belakang zaaim juara mentor 7 2

biodata dan latar belakang zaaim juara mentor 7 3

biodata dan latar belakang zaaim juara mentor 7 4

biodata dan latar belakang zaaim juara mentor 7 5

biodata dan latar belakang zaaim juara mentor 7 6

Video

Kredit : 

1. Kosmo

2. BH Online

3. Instagram Zaaim Abdullah




Hakcipta iluminasi.com (2017)