Kredit foto: Instagram Nassier Wahab

    

Datuk Nassier Wahab merupakan penyanyi yang pernah mencipta nama di sekitar era 1980-an.

Beliau pernah berdiri sebaris dengan penyanyi lagenda negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Shidee dan Razis Ismail.

Pada 12.45 pagi tadi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelantun Memori Cinta Luka ini menerusi perkongsian rakan karibnya, Zur Eda di aplikasi Whatsapp.

   

Biodata

  1. Nama sebenarnya, Mohd Nasir bin Abd Wahab. Dikenali umum dengan nama pentasnya, Nassier Wahab.
  2. Kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah pada 18 April 1962. Berusia 57 tahun.
  3. Anak ke-12 daripada 14 orang adik-beradik.
  4. Penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1980.
  5. Antara lagu-lagu hitsnya termasuk Memori Cinta Luka, Bayangan Wajah Duka, Sebuah Janji Tak Bereti, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Undangan Rindu.
  6. Membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Si Jantung gandingan bersama pelakon A. R. Badul, Ibrahim Din dan Faridah Fasha. Juga menerusi drama Episod Terakhir berlakon di sisi Eman Manan dan Sheila Rusly.
  7. Berada di puncak populariti sewaktu meraih pencalonan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004.
  8. Pada 5 Disember 2019 jam 12.45 pagi, beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah, 22.

       

Fakta Menarik

  • Kediaman keluarganya terletak di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
  • Mengambil inisiatif memajukan karier seni dengan mendapatkan sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Joseph Chamberlain College, Birmingham, United Kingdom (UK).
  • Bekas finalis Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun 2015 yang meletakkannya di kedudukan keempat sewaktu peringkat akhir.
  • Pernah dimasukkan ke ICU pada 2009 kerana cedera apabila rumahnya di USJ terbakar akibat litar pintas.
  • Pada April 2018, beliau menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar dan ketumbuhan leher.
  • Pada 1 Jun 2019 pula, beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di mana keadaannya selepas itu dilaporkan beransur pulih.

    

Foto

nassier wahab meninggal

nassier wahab

nasir wahab

isteri nassier wahab

anak nassier wahab

nassier wahab sakit

nassier wahab gegar vaganza

Kredit foto: Instagram Nassier Wahab

   

Video

Kredit video: Memori Cinta Luka - Nassier Wahab

   

Sumber:

1. Wikipedia Nassier Wahab

2. Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

3. Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza 2, Bawa Pulang RM100,000

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)