Kredit foto: Instagram Mr Bie & Map Music

   

Hasbi Haji Muh Ali atau nama popularnya, Mr Bie merupakan seorang penyanyi nasyid indie yang menempa populariti menerusi single sulung, Aisyah Istri Rasulullah.

Lagu daripada melodi asal 'Aisyah' nyanyian kumpulan Projector Band itu menjadi tular sebelum melonjakkan namanya dalam lapangan seni hiburan.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Hasbi Haji Muh.Ali.
  • Menggunakan nama pentas, Mr Bie.
  • Berumur 34 tahun (2020).
  • Bekerja sebagai seorang guru agama di sebuah sekolah di Tawau, Sabah.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi nasyid indie.
  • Pernah menganggotai kumpulan nasyid Feelhoney yang mempunyai lima orang ahli daripada kalangan pelajar Universiti Malaya.
  • Beliau kini dilamar syarikat rakaman Map Music menerusi penerbitan single sulung, Aisyah Istri Rasulullah yang dilancarkan di semua platform digital sejak April 2020.
  • Menggunakan akaun Instagram atas nama @mrbie_ yang sehingga kini mengumpul lebih 22,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Gemar menghasilkan parodi dengan mengubah suai lirik lagu menjadi nasihat dan berkonsepkan ketuhanan.
  • Menggunakan laman Youtube sebagai medium untuk mempromosikan karyanya.
  • Menempa populariti menerusi lagu Aisyah Istri Rasulullah yang menggunakan melodi lagu 'Aisyah' nyanyian kumpulan Projector Band, namun lirik serta judul diubah hasil ilhamnya sendiri.
  • Senikata Aisyah Istri Rasulullah mengangkat kisah percintaan Rasulullah SAW dan isteri Baginda, dihasilkannya dalam tempoh sehari pada tahun 2017.
  • Lagu yang menjadi tular itu turut dinyanyikan semula dalam versi 'cover' oleh para penyanyi ternama, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan dan Farawahida.
  • Beberapa bait lirik dalam lagu ini menimbulkan pertikaian di kalangan warga Indonesia gara-gara salah faham dalam bahasa yang digunakan.
  • Beliau mengharapkan agar kemunculannya diterima baik peminat seni muzik, termasuk mendapat sokongan daripada pihak media.

    

Foto

mr bie

siapa mr bie

keluarga mr bie

instagram mr bie

isteri mr bie

aisyah istri rasulullah

wikipedia mr bie

mr bie aisyah

Kredit foto: Instagram Mr Bie & Map Music

    

Video

Kredit video: Mr Bie -Aisyah Istri Rasulullah | Lagu Asal Projector Band "Aisyah"

    

Sumber:

1. Profil Mr. Bie

2. Mr Bie tak sangka viral

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)