Oleh pada 10 Jan 2018 kategori

najdi tidak puas hati dengannya ini respon bazli

Kredit foto: Instagram UNIC

"Saya bukan panas baran, garang dan main cakap lepas, tetapi tegas dalam bekerja," jelas ahli kumpulan Unic, Bazli Hazwan Che Osman, 34, atas dakwaan rakan kumpulannya, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 26.

Bazli menambah, krisis dalaman kumpulan itu yang dibawa hingga ke media sosial tidak ubah seperti sifat kebudak-budakkan sedangkan mereka boleh menyelesaikannya secara berbincang.

"Kalau betul ada perkara yang tak puas hati, kenapa tidak mesej atau jumpa secara personal? Mungkin ada perkara yang dia tak puas hati, tetapi bukan dengan cara ini.

"Kenyataan dibuat Najdi saya tak boleh kata keterlaluan sebab dia dalam keadaan 'panas'. Namun, saya tetap nak pertahankan diri yang mana tak sepatutnya dia berkata saya sedemikian.

"Saya akui seorang tegas dalam bekerja. Jadi, ini perkara biasa. Dalam masa sama, Najdi pula masih baru dalam bidang ini dan saya anggap ini proses pembelajaran untuknya," kata Bazli dalam laporan Harian Metro.

Bazli berkata, sehingga kini Najdi belum memberikan sebarang penjelasan kepadanya berhubung isu itu.

Malah, daripada pihak Bazli sendiri, dia belum memberikan apa-apa respon terhadap keputusan mengejut diambil rakannya itu.

"Dalam grup Whatsapp dia tak cakap apa-apa pun. Dia hanya diam. Malah, sesi ketika menjayakan promosi lagu Sedar di stesen radio Zayan pagi tadi pun dia tidak ada. Saya pula tak ada mesej dia secara peribadi.

"Mengenai keputusannya ingin tarik diri keluar kumpulan, saya tak boleh nak komen lebih. Sebabnya baru dua hari dan keadaan masih 'panas'. Kita bagi dia sejuk dulu. Lagi pula, masalah boleh dibawa berbincang," katanya.

Menerusi sebuah lagi laporan Harian Metro sebelum ini, Najdi berkata, dia bakal menarik diri daripada Unic kerana berselisih faham dengan Bazli.

Dalam masa sama, Najdi memutuskan untuk tidak menyertai pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) bersama mereka pada Sabtu ini.

Najdi berkata, dia tidak dapat menahan sabar dengan sikap Bazli dan berharap pengundurannya dapat memberi keselesaan kepada perjalanan karier Unic pada masa mendatang.

Sumber berita: Harian Metro

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)