Kredit foto: Instagram Izara Aishah

    

Aktres Izara Aishah bukanlah nama asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Namanya melonjak naik selepas membintangi drama bersiri Vanilla Coklat yang bersiaran pada tahun 2011.

Populariti diraih membawa kepada kemunculan Izara menghiasi beberapa drama, telefilem dan filem tempatan, antara yang paling diingati seperti filem yang Kau Yang Satu, siri televisyen Oh My English dan Ombak Rindu The Series.

Jom berkenalan dengan lebih dekat pelakon yang juga merupakan model berdarah kacukan ini.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Izara Aishah binti Hisham. Nama komersialnya, Izara Aishah.

2. Kelahiran Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor pada 28 September 1992. Kini berusia 27 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

5. Bekas penuntut Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas.

6. Memiliki Diploma dalam jurusan Seni Persembahan daripada Universiti Sunway di Bandar Sunway, Selangor.

7. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

8. Bakatnya dikesan daripada pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 yang meletakkannya di kedudukan naib juara. Turut bersaing dalam edisi program itu ialah pelakon Neelofa (juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Azar Azmi dan Ramona Zamzam.

9. Antara drama dibintanginya seperti Keranamu Laila, Vanilla Coklat, Oh My English, Cinta Masam Manis, Jodoh-Jodoh Annisa dan Ombak Rindu The Series.

10. Termasuk telefilem Hantu Gigi, Alamak 7 Hari Lagi, Hajah Heathrow, Amnesia Pelamin Erina, Baby Bro dan banyak lagi.

11. Kemunculannya di layar perak, antaranya menerusi filem KL Zombi, Chikaro, Pilot Cafe, J Revolusi, Kau Yang Satu dan Balun.

12. Penglibatan dalam dunia teater menerusi pementasan Tok Rimau pada tahun 2005.

13. Pernah menjayakan iklan McDonald's, Fair & Lovely, Burger King dan Veet.

14. Pemegang trofi Selebriti Harapan Pilihan di Anugerah Stail EH! 2012 dan Selebriti Paling Fotogenik di Anugerah Stail EH! 2017.

15. Mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dengan anak tiri penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, yang juga merupakan anak kepada usahawan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa.

   

Fakta Menarik

  • Berketinggian 1.56 meter.
  • Berdarah campuran Melayu (bapa) dan Pakistan (ibu).
  • Merupakan teman rapat kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy sejak berusia 9 tahun, di mana mereka berdua pernah menuntut di sekolah sama di USJ Subang.

    

Foto

izara aishah instagram

izara aishah family

izara aishah ivana arishah hisham

izara aishah parents

keluarga izara aishah

Kredit foto: Instagram Izara Aishah

   

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Remaja

3. BH Online

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)