Program Dewi Remaja anjuran Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd serta Majalah Remaja merupakan sebuah pertandingan pencarian ikon di kalangan gadis remaja. Pertandingan yang dimulakan sejak tahun 1985 itu menjadi medium kepada kelahiran bakat baharu dalam dunia hiburan yang dalam masa sama bertanggungjawab menjadi influencer serta ikon dalam menyebarkan inspirasi positif kepada para remaja di luar sana.

Sedar tidak sedar, Pencarian Dewi Remaja kini sudah sampai ke edisi 2018/2019. Bersempena kali kesepuluh penganjurannya, program ini membawa misi meraikan dan mengangkat kuasa, suara serta mewakili kejayaan gadis remaja di Malaysia.

Antara nama-nama selebriti berjaya dan berpengaruh produk kelahiran Dewi Remaja seperti Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mawar Rashid, Izreen Azminda, Juliana Banos, Rita Rudaini, Wardina Safiyya, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Aleeza Kassim, Azah Aziz dan ramai lagi.

Berikut kami kongsikan biodata pemenang tempat kedua program berkenaan iaitu Tia Sarah.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Sarah Shah Binti Nasser Shah.

2. Dilahirkan pada 6 September 2000. Kini berusia 19 tahun (2019).

3. Berasal dari Selangor.

4. Berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 40 kilogram.

5. Laman Instagramnya, @fealeafy.

6. Merupakan mahasiswi dalam bidang TEASL.

7. Berminat untuk mengasah bakat sebagai pengacara khususnya rancangan berkonsepkan travelogue. Menganggap dirinya seorang yang sangat adventurous serta berkebolehan bercakap di hadapan khalayak ramai dengan gaya yang ceria dan kelakar.

8. Suka bereksperimen dengan gaya rambut. Malah berani untuk tampil dengan gaya potongan rambut pendek. Jangan terkejut kerana Tia menukar stail rambutnya sekerap empat kali setahun!

9. Boleh berkomunikasi dalam bahasa cina.

10. Pernah menghoskan rancangan televisyen kanak-kanak berjudul Lava Kids di RTM2.

11. Memegang pendirikan untuk kekal menjadi dirinya sendiri kerana menganggap ia merupakan ramuan penting untuk berjaya.

12. Dinobatkan sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2018/2019.

Foto

biodata tia sara naib juara dewi remaja 20182019 2

biodata tia sara naib juara dewi remaja 20182019 3

biodata tia sara naib juara dewi remaja 20182019 4

biodata tia sara naib juara dewi remaja 20182019 5

biodata tia sara naib juara dewi remaja 20182019 6

Video 

Kredit:

1. Dewi Remaja

2. Instagram Tia Sarah

3. Youtube Meletop 




Hakcipta iluminasi.com (2017)