Program Dewi Remaja yang dianjurkan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd serta Majalah Remaja diketahui ramai sebagai medium dalam mengetengahkan ikon di kalangan gadis remaja. Bermula tahun 1985, ramai selebriti berjaya dalam dunia hiburan lahir menerusi pertandingan pencarian bakat popular ini. Produk yang dihasilkan bertanggungjawab menjadi influencer serta ikon dalam menyebarkan inspirasi positif kepada para remaja di luar sana. 

Dewi Remaja kini sudahpun memasuki edisi 2018/2019. Kali kesepuluh penganjurannya nampaknya tidak berhenti dalam meraikan dan mengangkat kuasa, suara serta kejayaan gadis remaja berbakat di Malaysia.

Mengimbau kembali, antara nama-nama selebriti berjaya dan berpengaruh kelahiran program berkenaan seperti Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mawar Rashid, Izreen Azminda, Juliana Banos, Rita Rudaini, Wardina Safiyya, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Aleeza Kassim, Azah Aziz dan ramai lagi.

Khas buat pembaca, berikut kami kongsikan biodata dan latar belakang salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Ernisha. Walaubagaimanapun, umum mengetahui penyertaan beliau sebagai salah seorang peserta Top 12 akhirnya ditarik balik berikutan isu video kontroversinya yang tersebar sehari selepas episod akhir rancangan berkenaan. Keputusan itu dibuat rentetan beliau telah melanggar kontrak dan peraturan yang dipersetujui.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Erni Nurshahira binti Khairul Nizam.

2. Lahir pada 5 Januari 1995 di Ipoh Perak. Membesar di Ampang dan Rawang, Selangor. Kini berusia 24 tahun (2019).

3. Anak pertama daripada tiga beradik.

4. Keluarganya mempunyai bisnes sendiri.

5. Berketinggian 160 sentimeter dan mempunyai berat badan 52 kilogram.

6. Laman Instagramnya, @ernishaaa.

7. Mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan acara.

8. Bercita-cita ingin menjadi pengacara.

9. Ingin menempa kejayaan sebagaimana beberapa wanita berhijab popular lain.

10. Sukakan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bermain go-kart. Pernah menduduki tangga ketiga dalam persaingan bersama seorang pelumba F1.

11. Berkebolehan menyanyi, berlakon dan mengacara.

12. Bercita-cita ingin mengembangkan bakatnya hingga menembusi pasaran luar negara.

13. Dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Neelofa, namun beliau nekad untuk tampil dan dikenali dengan identiti tersendiri.

14. Pernah menyertai ujibakat Mentor musim ketujuh.

15. Ernisha menggesa agar netizen lebih berfikiran terbuka apabila mereka menganggap beliau yang berpenampilan berhijab tidak sesuai melibatkan diri sebagai Dewi Remaja.

Foto 

biodata ernisha bekas peserta dewi remaja 20182019 2

biodata ernisha bekas peserta dewi remaja 20182019 3

biodata ernisha bekas peserta dewi remaja 20182019 4

biodata ernisha bekas peserta dewi remaja 20182019 5

biodata ernisha bekas peserta dewi remaja 20182019 6

biodata ernisha bekas peserta dewi remaja 20182019 7

Video

Kredit:

1. Dewi Remaja

2. Youtube F8Buzz

3. Mingguan Wanita




Hakcipta iluminasi.com (2017)