Program Dewi Remaja yang dianjurkan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd serta Majalah Remaja sememangnya dikenali umum sebagai platform dalam mengetengahkan ikon di kalangan gadis remaja. Bermula 1985, pertandingan pencarian bakat popular ini telah melahirkan ramai selebriti yang kini bertapak kukuh dalam industri seni negara. Alumni finalis Dewi Remaja nyata bertanggungjawab sebagai influencer serta ikon dalam menyebarkan inspirasi positif kepada masyarakat khususnya golongan remaja.

Memasuki edisi 2018/2019, kali kesepuluh penganjurannya ini terus meraikan dan mengangkat kuasa, suara serta kejayaan gadis remaja berbakat di Malaysia.

Mengimbas kembali, antara nama-nama selebriti berjaya dan berpengaruh dilahirkan seperti Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mawar Rashid, Izreen Azminda, Juliana Banos, Rita Rudaini, Wardina Safiyya, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Aleeza Kassim, Azah Aziz dan ramai lagi.

Khas buat pembaca, berikut kami kongsikan biodata dan latar belakang salah seorang bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 iaitu Fazreen Fazeera. Sebagaimana diketahui ramai, penyertaannya sebagai salah seorang peserta Top 12 ditarik balik rentetan isu video kontroversi yang tersebar sehari selepas episod akhir rancangan realiti berkenaan. Keputusan dibuat kerana Fazreen telah mengingkari kontrak dan peraturan pertandingan.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Faizni Fazreen Fazeera binti Faizul.

2. Lahir pada 11 Februari 1998. Berusia 21 tahun (2019).

3. Berasal dan lahir di Segamat, Johor.

4. Anak kedua daripada tiga beradik.

5. Berketinggian 162 sentimeter dan mempunyai berat badan 43 kilogram.

6. Laman Instagramnya, @fazreenfazera.

7. Pandai memasak berbagai menu khasnya juadah tempatan.

8. Pencinta haiwan eksotik.

9. Bertubuh kecil, namun cintakan aktiviti lasak termasuk mendaki bukit.

10. Suka mencabar diri.

11. Gemarkan sushi dan makanan bersambal.

12. Mempunyai lebih 10 nama panggilan di kalangan kenalan memandangkan namanya agak panjang.

13. Menjadikan pertandingan Dewi Remaja sebagai medium untuk menginspirasikan remaja Malaysia.

14. Sedang berhubungan cinta dengan pelakon Mas Khan. Usia perkenalan mereka kini mencecah empat tahun. Beliau memilih aktor itu kerana Mas menghormati kedua orang tuanya, di samping mereka sama-sama merupakan pencinta haiwan. Sepatutnya mengikat tali pertunangan pada tahun ini, begitupun acara itu ditangguh ke tahun hadapan disebabkan Fazreen ingin memberi fokus kepada penyertaannya dalam Dewi Remaja serta karier seni usai pertandingan itu berakhir.

15. Pernah bergelar artis naungan MIG, namun apabila kontraknya tamat, beliau mengendalikan kerjayanya sendiri.

16. Pernah membintangi filem Surf In Love yang antara lain dijayakan aktor Shukri Yahya.

Foto

biodata fazreen fazeera bekas peserta dewi remaja 20182019 2

biodata fazreen fazeera bekas peserta dewi remaja 20182019 3

biodata fazreen fazeera bekas peserta dewi remaja 20182019 4

biodata fazreen fazeera bekas peserta dewi remaja 20182019 5

biodata fazreen fazeera bekas peserta dewi remaja 20182019 6

Video

Kredit : 

1. Dewi Remaja

2. Instagram Fazreen Fazeera

3. Youtube Meletop




Hakcipta iluminasi.com (2017)