Kredit foto: Instagram Aisyah Hijanah

        

Siapa Aisyah Hijanah? Beliau adalah seorang wanita terkenal dalam dunia media sosial yang sentiasa memberikan inspirasi positif kepada masyarakat dengan perkongsian pengetahuan agama dan motivasi yang membangkitkan semangat.

Lebih lanjut mengenainya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

        

Biodata

Nama sebenar: Aisyah Hijanah binti Azhari

Nama komersial: Aisyah Hijanah

Umur: 25 tahun (2023)

Tarikh lahir: 6 Januari 1998

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak sulung dalam kalangan adik-beradiknya. Bapanya telahpun meninggal dunia.

Pendidikan: Kelulusan Jurusan Psikologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pekerjaan: Pempengaruh Media Sosial, Ahli Perniagaan, Penulis, Pencipta Konten, Pendakwah Selebriti

Instagram (IG): @aisyahhijanah

TikTok: @aisyahhijanah

        

Latar Belakang

1. Beliau mula bergelar personaliti media sosial pada tahun 2016.

2. Beliau adalah pengasas syarikat yang mengusahakan industri kosmetik, fesyen (pakaian dan tudung), buku, kafe dan aplikasi.

3. Juga merupakan seorang penulis berbakat yang menceritakan pengalaman hidupnya dalam novel "Biarku Lindung Mendungmu", ditulis bersama suaminya, serta buku-buku lain seperti Selama Nafasku Berhembus, Lembaran Cinta Dari Hati, You Are Amazing Than You Think, Letters From My Heart dan Letters From My Heart Vol 2.

4. Berkahwin pada tahun 2017 dengan Mohd Hazalif Mohd Hazani, yang lebih dikenali sebagai Alif Teega, seorang usahawan dan pendakwah selebriti. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, iaitu Khadeejah Hijanah dan Muhammad Hassan Syarif.

       

Fakta Menarik

1. Beliau adalah bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

2. Hasil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil oleh Aisyah adalah membanggakan, dengan rekod 7A.

3. Dulunya pernah bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.

4. Pernah dianugerahkan Certificate of Excellence dalam kategori Young Entrepreneur In Islamic Bussiness di SEBA Awards serta Islamic Fashion Award.

5. Pada awal 2022, beliau dan suaminya bersanding di atas pelamin gara-gara tidak berkesempatan melaksanakannnya sewaktu pernikahan dahulu.

6. Pada 2020, beliau memegang peranan utama sebagai model dalam video muzik lagu "Wanita" oleh kumpulan nasyid, Inteam (nyanyian asal oleh DeHearty) yang meraih populariti hingga trending di platform YouTube semasa pelancarannya.

7. Pada Disember 2022, Aisyah meraikan pencapaian membeli kereta mewah impian, iaitu Porsche Carrera 911 4s Cabriolet yang dilaporkan bernilai RM1 juta.

       

Isu Perkahwinan Dengan Alif Teega

Pada penghujung Oktober 2023, rumah tangga mereka telah dilanda badai kerana wujudnya seseorang yang cuba mengacau keharmonian perkahwinan mereka. 'Penyondol' tersebut difahamkan adalah bekas pekerja mereka sendiri. Sebagai tindakan, Aisyah membawa suaminya untuk berubat dan mendapat tahu bahawa Alif telah terkena penyakit 'ain' akibat hasad dengki dari pihak ketiga.

Beberapa hari selepas itu, Alif membuat kenyataan untuk menjelaskan bahawa hubungan dengan isterinya masih dalam keadaan harmoni dan tidak dijejaskan oleh masalah. Alif menegaskan bahawa dakwaan mengenai perpisahan mereka adalah tidak benar, dan hantaran di TikTok sebelum ini hanyalah langkah untuk 'move on'. Aisyah turut mengesahkan bahawa isu orang ketiga yang dikatakan telah mengganggu rumah tangganya berjaya diselesaikan secara baik.

       

Baca: Biodata Alif Teega, Penulis Buku, Suami Kepada Aisyah Hijanah Azhari

       

Foto

aisyah hijanah instagram

aisyah hijanah wikipedia

aisyah hijanah azhari

aisyah hijanah education

aisyah hijanah age

aisyah hijanah bapa

Ibu kepada Aisyah

aisyah hijanah sebelum hijrah

aisyah hijanah kahwin

alif teega curang

alif teega biodata

buku aisyah hijanah

aisyah hijanah umur

aisyah hijanah novel

alif teega

aisyah hijanah

Kredit foto: Instagram Aisyah Hijanah

       

Video

Kredit video: ALIF & AISYAH HOW WE MET?!?!

       

Sumber:

1. Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya

2. Berjaya Miliki Kereta Mewah Porsche 911 Carrera 4s Hampir RM1 Juta, Aisyah Hijanah Zahirkan Rasa Syukur

3. Instagram Aisyah Hijanah

4. TikTok Alif Teega

5. Inteam • Wanita (Official Music Video)

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)