Oleh pada 27 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Aktor Iqram Dinzly menegaskan dia tidak kisah dengan pandangan netizen yang menggelarkan dirinya tidak siuman.

Pelakon berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya melakukan sesuatu mengikut gerak hati.

Isu itu mula bangkit selepas Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin memuat naik pelbagai foto aksi pelik di laman Instagram kebelakangan ini.

Ia termasuklah swafoto bersama bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said dan fotonya sedang tersenyum di kubur.

Malah perangai pelik aktor itu juga kini menjadi bualan hangat dalam industri hiburan. 

Menerusi laporan terbaru portal Mstar Online mendedahkan temubual bersama Iqram untuk mendapatkan penjelasan berkenaan keadaan terkininya.

bersikap pelik seperti tidak siuman ini jawab iqram dinzly 2

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly

Komen apabila dikatakan tidak waras atau kurang siuman?

Saya tak ambil peduli apa kata orang luar. Sekiranya saya gila pun, saya nak jadi ahli syurga. Orang kata saya gila... tapi bagi saya semuanya jelas. Saya buat apa yang saya rasa, itu yang dilakukan.

Motif muat naik foto depan kubur arwah bapa bersama surah Yasin dengan wajah tersenyum? Nak menunjuk-nunjuk?

Tak ada niat apa-apa pun. Ia sekadar untuk peringatan dan kesedaran kepada diri sendiri dan orang luar. Tidak semestinya kita menziarahi kubur hanya datang sahaja. Dalam Islam kita tidak boleh terlalu bersedih selepas kematian seseorang.

Walaupun saya senyum tapi hati sedih tidak ada siapa yang tahu. Cuma saya kena kuat mengharungi semua yang terjadi.

Tidak lagi pakai serban seperti dahulu? Tak mahu kekalkan imej itu?

Serban? Saya tidak pernah mengatakannya serban. Namun saya perkenalkannya sebagai 'Iqrat Kapla' (ikat kepala). Saya tak boleh beri jawapan untuk soalan itu. Biarlah rasa dan biarlah masa yang menentukan. Apa yang saya boleh katakan, saya akan melakukan satu transfomasi dalam kehidupan. Perkara ini bukan isu yang besar.

Apa perasaan berhadapan kritikan netizen kerana perbuatan Iqram sendiri?

Saya kecewa dan marah sangat-sangat dengan netizen. Terlalu ramai yang menjadi ustaz dan ustazah jadian sedangkan bila diperhatikan semula, ruangan Instagram orang yang 'jatuh hukum' ini pun tidak melambangkan sepenuhnya seorang muslim.

Kecam orang sesuka hati dan lepas itu akaun privasi. Ini namanya kulat parasit. Mereka tidak ada kesedaran dalam berbudi bahasa.

Dah lama tidak berlakon. Tiada tawaran? Apa sudah jadi perniagaan kedai makan di Langkawi?

Saya ada terima beberapa tawaran namun buat masa ini, saya mahu berehat tanpa memikirkan industri seni. Kedai makan di Langkawi terpaksa ditutup buat sementara waktu. Mungkin sebab orang di sana tidak dapat terima orang luar.

Sekiranya nak tahu lebih lanjut, silalah mengikuti laman Instagram @bawaabata.merebucks. Insya-Allah, di ruangan itu nanti akan bermulanya kisah saya.

Sumber berita: Mstar

bersikap pelik seperti tidak siuman ini jawab iqram dinzly 3

bersikap pelik seperti tidak siuman ini jawab iqram dinzly 4

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly




Hakcipta iluminasi.com (2017)