Oleh pada 09 Mar 2017 kategori

Assalamualaikum, Jika kau ada kawan cikgu, cuba kau tanya dia berapa banyak kes mak bapak tipu gaji hanya semata nak dapat bantuan persekolahan RM100. Kalau benda macam tu pun orang kita, ye orang kita, orang Melayu Islam tergamak nak menipu, apatah lagi BR1M.

Masalahnya, perbuatan menipu tu dihalalkan kerana duit edaran kerajaan ni dikata duit rakyat. Macam mana boleh jadi halal hanya sebab tu? Dah tak layak terima, kena terima lah yang tak layak terima.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Trend masyarakat kita pula, makin ramai yang kata "tak apa" apabila berlaku sesuatu kes kecurian melibatkan orang miskin. Bila orang susah curi formula susu anak kat kedai, ramai yang cuba benarkan apa dia buat kerana dia susah.

Apa punya teruk justifikasi camtu.

Mencuri tetap mencuri tak kiralah dia miskin, perlu atau terdesak. Samalah juga seperti individu yang menipu pendapatan hanya semata nak dapat bantuan sekolah RM100 seorang anak atau bantuan BR1M.

Dalam Islam, memang betul kita kena tengok keadaan, situasi dia dan kenapa dia mencuri, lalu kita lakukan justifikasi untuk tengok sama ada dia layak dihukum atau diberikan peluang kedua.

Mana ada dalam Islam sebut boleh mencuri kalau terdesak. Justifikasi dilakukan terhadap hukuman selepas kejadian berlaku, bukannya untuk membenarkan kecurian dilakukan.

Ramai orang keliru dengan benda tu.

Terlalu ramai yang dah korup justifikasinya, sebab itulah dia hanya nampak duit, sampai tak kisah dia akan, mungkin atau sedang berdusta. Kemudian dia halalkan kemungkaran atas alasan kemungkaran lain juga dilakukan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)