gema gegar vaganza dikritik

Kredit foto: v2.dfm2u.net

Program hiburan terbaru, Gema Gegar Vaganza terbitan Astro Oasis bagaikan menjadi fenomena baru industri muzik nasyid tanahair.

Pertandingan ini berjaya menampilkan kelainan dengan mengetengahkan penggiat muzik genre ketuhanan dan kerohanian.

Pada Jumaat lepas, konsert pertama rancangan ini telah berlangsung dan menjadi bualan ramai pihak.

Sudah menjadi adat apabila ada yang gemar dan ada yang kurang gemar dan meminta pihak Astro untuk melakukan sedikit perubahan bagi menampakkan ianya lebih mengikut garis panduan Islam dalam soal hiburan.

Seorang lelaki bergelar doktor, Syahr Musafir memberikan pendapatnya mengenai program berkenaan melalui akaun Facebooknya, mengatakan program tersebut tidak menepati Syara' serta penganjurannya boleh diperbaiki.

gema gegar vaganza dikritik 1

gema gegar vaganza dikritik 2

gema gegar vaganza dikritik 3

UPDATE 10/04/2017: Saya tulis saya tonton 3 video/bahagian itu sahaja. JANGAN SOAL kenapa tak komen pasal artis wanita menyanyi dan bahagian-bahagian lain. Saya tak tengok yang lain, lebih-lebih lagi yang perempuan. Tak pasal-pasal nak tengok persembahan wanita menyanyi, ternyata haramnya di mana. Kalau Tuan/Puan nak persoalkan juga kenapa saya tak komen, ini jawapan saya “Saya memang sediakan ruang dan luang itu untuk Tuan/Puan yang komen!” Terima kasih. Moga Allah SWT redha, dan senantiasa beri hidayah kepada KITA semua. Aameen.

Kredit: Facebook Syahr Musafir & Ohbulan


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)