1. Janet Jackson

Sumber Foto: americanairlinescenter.com

Janet adalah adik bongsu Michael Jackson. Nama penuh beliau adalah Janet Damita Jo Jackson, dan beliau terkenal sebagai seorang yang kreatif dan menghasilkan rekod musik yang berinovatif. 

Beliau menarik perhatian ramai dan menjadi terkenal melalui album ketiga beliau iaitu Control yang mencuri hati ramai orang. Dilahirkan dalam agama Jehovah Witness, ikon pop ini memeluk Islam ketika berkahwin dengan Wissam Al Mana. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Ice Cube

ice cube o shea jackson orang islam

Sumber Foto: latimes.com

Siapa tidak kenal Ice Cube? Wajah beliau sinonim dengan filem 21 Jump Street. Beliau selalu membawa watak kelakar dalam apa-apa filem yang dilakonkan. Dilahirkan sebagai O'Shea Jackson, beliau adalah seorang artis rap dan pelakon.

Terkenal dalam bidang rap, Ice Cube telah dinobatkan sebagai salah seorang pencerita rap terbaik. Beliau juga merupakan perintis kepada rap gangsta.

Pada tahun 1990an, Icu Cube memeluk Islam dan terdapat spekulasi bahawa beliau adalah salah seorang ahli kumpulan Nation of Islam. Nation of Islam adalah sebuah pergerakan politik dan agama oleh golongan African American. 

Walaupun telah memeluk Islam, beliau dikatakan tidak mempraktikkan agama tersebut. 

3. Dave Chappelle

dave chappelle orang islam

Sumber Foto: vulture.com

Selepas memegang watak sampingan dalam file seperti Con Air dan The Nutty Professor, komedian ini mencuri perhatian ramai dengan siri komedi televisyen Chappelle's Show. 

Pada tahun 2006, beliau digelar genius komedian Amerika dan turut disenaraikan dalam '100 Greatest Stand-Ups Sepanjang Zaman'. Selebriti kelakar ini memeluk Islam pada tahun 1998. 

4. Zayn Malik

zayn malik orang islam

Sumber Foto: billboard.com

Zayn Malik adalah satu-satunya selebriti daripada UK dalam senarai ini. Bekas ahli kumpulan One Direction yang kini sudah berpecah ini telah membuatkan peminat kumpulan muzik tersebut resah dan kacau bilau apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan band itu pada tahun 2015.

Selepas keluar, dia menyatakan perasaan tidak gembira dengan cara pihak pengurusan mengatur cara nyanyian kumpulan tersebut. Tidak banyak kebebasan diberi kepada penyanyi kumpulan tersebut untuk menghasilkan seni kreatif. 

Nama asal beliau adalah Zain Javadd Malik dan dilahirkan pada 12 Januari 1993 di Bradford, England. Bapa beliau merupakan rakyat British yang mempunyai latar belakang muslim Pakistan. Beliau merupakan seorang Islam.

Ibu beliau berbangsa British, dan mempunyai darah Irish. 

5. Mike Tyson

mike tyson seorang muslim

Sumber Foto: ftw.usatoday.com

Mike Tyson terkenal sebagai seorang ahli tinju berjaya yang sangat agresif dan suka menggigit telinga. Baru-baru ini beliau tampil dalam beberapa filem terkenal sepeti 'The Hangover' dan 'Entourage'.

Mike juga dikenali kerana kes rogol yang melibatkan beliau, dan tatu ganas pada wajah beliau. Pada tahun 1992, ahli tinju ini memeluk Islam, dan ramai tidak tahu tentang penghijrahan beliau.  

6. Cassius Marcellus Clay, Jr (Muhammad Ali)

muhammad ali islam yang baik

Sumber Foto: gq.com

Beliau bukanlah selebriti Holywood namun beliau cukup terkenal untuk berada dalam senarai ini. Ahli tinju profesional ini adalah seorang lagenda Amerika. Beliau menyertai pergerakan Nation of Islam pada tahun 1960an.

Ketika inilah beliau mengambil nama Muhammad Ali. Pada tahun 1975, juara heavyweight ini memeluk agama Islam (Ahli Sunnah Wal Jamaah).

7. Cat Stevens (Yusuf Islam)

cat stevens yusuf islam 862

Sumber Foto: rollingstone.com

Sebelum memeluk Islam lagi, Yusuf Islam merupakan seorang pemusik, penyanyi dan penulis lagu yang terkenal dan berjaya. Antara penghasilan beliau yang hit termasuklah 'Wild World' dan 'Father and Son'.

Pada tahun 1978, selebriti ini memeluk Islam dan sejak itu, beliau jarang dilihat di pentas persembahan. Sejak akhir-akhir ini, beliau mula menyertai bidang ini kembali, namun telah mendapat kritikan daripada ramai umat Islam. 

8. Ferdinand Alcindor (Kareem Abdul-Jabbar)

kareem abdul jabbar sebenarnya seorang islam

Sumber Foto: knightnews.com

Kareem Abdul-Jabbar adalah seorang bekas pemain profesional liga bola keranjang NBA. Beliau bermain untuk pasukan Milwaukee Bucks dan Los Angeles Lakers.

Sepanjang karier beliau sebagai pemain tengah, Kareem memegang 6 rekod sebagai Pemain Paling Bernilai dalam NBA. Beliau turut memegang 19 rekod NBA All-Star, 15 rekod pilihan All-NBA dan 11 rekod NBA All-Defensive Team Member.

Beliau memenangi 6 kejohanan NBA bersama pasukan sebagai pemain, dan 2 kejohanan NBA sebagai pembantu jurulatih. Pada tahun 1996, beliau dinobatkan sebagai salah seorang dalam 50 Pemain Terbaik Dalam Sejarah NBA.

9. Akon

akon juga seorang muslim

Sumber Foto: youtube.com

Aliaume Damala Badara Akon Thiam dilahirkan pada 16 April 1973, dan mempunyai keluarga yang berasal dari Senegal. Beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, usahawan, produser rekod, dan pelakon. 

Beliau menjadi terkenal pada tahun 2004 melalui lagu 'Locked Up', single pertama dari album debut Trouble. Akon merupakan pengasas 2 label rekod yang berjaya iaitu Konvict Muzik dan Kon Live Distribution. 

Tahun beliau memeluk Islam tidak diketahui. 

Rujukan:

  1. beliefnet.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)