Kredit foto: Instagram Kris Dayanti
Penyanyi Indonesia popular, Kris Dayanti menjadi mangsa hentaman netizen gara-gara membela anjing sebagai haiwan peliharaan.
Hal itu terdedah apabila Kris menerusi sebuah kiriman Instagram terbaru memuat naik gambar dirinya sedang bersantai dengan seekor anjing peliharaan.
Rata-rata netizen tidak dapat menerima kenyataan itu, lalu bertindak mengecam Kris di ruangan komen.
"Gila lah bela anjing. Dengan bangga lagi.. Allahuakbar. Akhir zaman.. Moga sempat taubat," tulis @fadeelalala.
Ramai yang berang dengan tindakan selamba Kris kerana penyanyi itu adalah seorang selebriti yang beragama Islam.
"Kebanyakan manusia sekarang namanya sahaja Islam tapi tak mengikut syariat dalam Islam. Aduh saya prihatin," celah @virabchsn.
Malah mereka mengingatkan penyanyi lagu Pililah Aku itu tentang haram bagi seorang Islam untuk memelihara anjing melainkan atas sebab perkebunan dan penternakan.
"Orang Islam haram memelihara anjing, kecuali bagi yang punya perkebunan dan penternakan dan itu pun tidak di dalam rumah," peringatan oleh @lutfiwijaya9.
"Cuba sahaja buka Hadis HR. Muslim:23 Al Masaqoh, barang siapa memelihara anjing selain untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalan berkurang setiap harinya sebanyak satu qiroth (sebesar gunung uhud)," kata @hi_ekasari pula.
Sehingga kini kiriman itu telah meraih lebih 1,400 komen.
Tiada sebarang maklum balas daripada pihak Kris setakat ini.
Kredit foto: Instagram Kris Dayanti