Oleh pada 06 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Jenama beg tangan yang dipakai oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya semalam telah menjadi teka-teki di kalangan netizen.

Beliau yang mengenakan baju kurung berwarna biru dan selendang berwarna merah dilihat membawa beg tangan bersaiz sederhana dan memakai kasut platform yang kedua-duanya berwarna merah.

Difahamkan, beg tangan yang dibawa oleh Datin Seri Rosmah berjenama Versace Demetra Vanitas dan dianggarkan berharga antara RM5,000 hingga RM9,000.

Terdahulu, pihak polis bertindak merampas 284 kotak beg tangan berjenama, antaranya Hermes dan Birkin dalam serbuan di tiga unit Pavillion Residences berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Kosmo Online

3. Facebook Free Malaysia Today

4. Facebook Harian Metro

5. Facebook Berita Harian Online [1, 2]

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)