Nilushika Jayaweera merupakan seorang wanita yang berasal dari Sri Lanka. Dia berhijrah ke Singapura pada tahun 2001 untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan 15 tahun kemudian, dia kembali ke Sri Lanka sebagai usahawan berjaya selepas mendapat inspirasi daripada sebuah badan NGO di Singapura, Aidha.

Setelah dihantar oleh majikannya untuk menghadiri kursus usahawan bersama NGO tersebut, dia kini memproses daun teh secara besar-besaran di Sri Lanka untuk dipasarkan secara online kepada lebih 500 pelanggan besar di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada hujung tahun 2016, Nilushika telah dijemput untuk kembali ke Singapura dan bercakap di acara TEDxSingapore untuk berkongsi pengalamannya sebagai sumber inspirasi kepada ramai orang. Sebagai seorang anak yatim dan kakak yang terpaksa bekerja keras pada usia muda untuk menyara 4 orang adik, hidup mereka mula berubah setelah Nilushika berjaya dengan perniagaan tehnya.

Wang hasil titik peluh berniaga daun teh itu telah membuatkan Nilushika menubuhkan sendiri sebuah NGO di kampung halamannya untuk membantu wanita di sana membuat perusahaan kecil-kecilan seperti menjahit baju dan membungkus rempah untuk menyara hidup.

nilushika semasa persembahannya di tedxsingapore

Selain itu, Nilushika sedar akan kepentingan pendidikan dan mula menggunakan sebahagian keuntungan perniagaannya untuk menyumbang kepada pembiayaan sekolah dan pembelian buku kanak-kanak di Sri Lanka.

Kisah kejayaan Nilushika telah menjadi inspirasi kepada ramai pembantu rumah di seluruh dunia. Sekiranya seseorang berusaha gigih dan mampu mengatasi halangan terbesar dalam hidup, mereka sebenarnya boleh memiliki kejayaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)