Oleh pada 07 Apr 2017 kategori

"JIKA SAYA BERIKAN HANYA SEBOTOL SUSU FORMULA, PASTI DIA MASIH HIDUP SEKARANG,"

- JILLIAN JOHNSON

Seperti mana yang kebanyakkan ibu-ibu tahu, tekanan untuk menyusukan bayi adalah benar-benar mencabar, diperkuatkan lagi dengan peringatan tanpa henti bahawa "susu ibu adalah yang terbaik". Namun, Ia juga boleh mengundang bahaya bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan atau tidak dapat menghasilkan susu badan, seperti kisah yang menyayat hati ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cerita ini mengisahkan seorang ibu, Jillian Johnson, yang berkongsi bagaimana beliau kehilangan anak lelakinya yang berumur 19 hari, yang sihat pada mulanya, namun mati akibat kelaparan mengejut dan dehidrasi. Kisah menyayat hati daripada Jillian ini adalah satu contoh mengapa mindset "susu ibu adalah terbaik" bukanlah sesuai kepada semua ibu dan bayi.

landon johnson

Jillian dan suami, Jarrod, mahukan yang terbaik bagi anak mereka, Landon, sebagaimana ibu bapa lain. Mereka mengikuti kelas-kelas dan membaca buku mengenai cara menjaga bayi dan sebagainya. Setiap kelas menekankan betapa pentingnya susu ibu untuk memastikan bayi sihat. Dan mereka berasa sudah bersedia. Setelah tiba masanya, Landon dilahirkan di sebuah hospital yang "mesra bayi". Apa yang dimaksudkan dengan "mesra-bayi" adalah semuanya menjurus kepada penyusuan bayi menggunakan susu ibu.

breasfeeding

"Menurut mandat daripada hospital, anak anda tidak boleh diberikan susu formula, melainkan jika anda mempunyai masalah tumbesaran payudara atau kanser atau sebab perubatan yang serius sebagai sebab kenapa anda tidak boleh memberi susu badan. Hanya dibenarkan jika anda diberi preskripsi oleh pakar pemakanan," kata Jillian.

landon nyenyak tidur

Landon dilahirkan dengan berat sempurna 3.36kg. Selepas dilahirkan Landon menyusu dengan baik setiap 1-2 jam, selama 15-40 minit setiap sesi.

"Landon menyusu setiap masa. Perunding penyusuan ibu akan datang memeriksa dan mendapati Landon sedang menyusu seperti apa yang sepatutnya bayi lakukan. Namun, ada seorang daripada mereka memberitahu bahawa saya mengalami masalah untuk menghasilkan susu," kata Jillian. "Sebab yang diberikan adalah saya disahkan mengalami PCOC (Polycystic Ovarian Syndrome) dan ia amat sukar bagi ibu yang mengalami ketidakseimbangan hormon untuk menghasilkan susu. Beliau mencadangkan beberapa jenis herba kepada saya untuk diambil selepas keluar dari hospital," tambah Jillian.

ketika baru lahir

Namun selepas itu situasi berubah. Landon asyik sahaja menangis. Dia hanya akan berhenti jika Jillian menyusukannya, walaupun sebenarnya tiada susu. Jururawat sentiasa datang memeriksa Jillian dan menyelimutkan Landon untuk membantunya tidur. Apabila ditanya jururawat mengapa Landon tidak mahu berhenti menyusu, dia diberikan jawapan bahawa Landon sedang "cluster feeding" (menyusu dengan jarak masa yang dekat).

Jillian teringatkan apa yang diperolehi daripada kelas yang diambil, namun sedar yang dia baru sahaja bergelar ibu, Jillian mempercayai doktor dan jururawat untuk membantunya melalui saat itu. Tambahan pula dia tidak bermaya disebabkan oleh pembedahan c-section dan Landon merupakan bayi pertamanya. Namun dia tidak sedar yang dia telah melakukan satu kesilapan besar kerana mempercayai doktor dan jururawatnya 100%.

landon

Selepas 2 hari, Jillian dibenarkan untuk keluar dari hospital, walaupun Landon kehilangan 9.7% daripada berat badannya ketika lahir, secara berterusan dan disusukan oleh ibu yang kurang mempunyai susu. Ketika dibenarkan pulang, Jillian tidak diberikan apa-apa arahan mengenai makanan tambahan untuk Landon. Dia hanya diarahkan untuk datang semula melakukan follow-up keesokkan harinya.

Namun, kurang daripada 12 jam selepas mereka pulang ke rumah, Landon mengalami serangan jantung akibat dehidrasi. Landon dikejarkan ke hospital, namun, ketika sampai, dia dikatakan masih mempunyai degupan jantung, tetapi tanpa tekanan darah. Landon diintubasi dan diberikan suntikan epinephrine. Dia mengalami hypotermia (penurunan suhu badan mendadak) dengan suhu badan 33.9 darjah celsius. Selepas diberikan CPR selama 30 minit, tiada aktiviti jantung dikesan.

jarrod memangku anaknya landon

Landon diberikan imbasan MRI dan disahkan mengalami kecederaan pada otak akibat kekurangan oksigen. Ia disebabkan oleh tekanan darah rendah, kesan daripada dehidrasi dan serangan jantung. Dengan keadaan yang tenat, bantuan hayat yang diberikan kepada Landon dihentikan 15 hari kemudian. Autopsi mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh hypernatremic dehydration diikuti serangan jantung yang menyebabkan hypoxic-ischemic encephalopathy (kecederaan pada otak)

Jillian meluahkan perasaannya dengan menceritakan kisah menyayat hati ini untuk membantu menanggani stigma dan diskriminasi terhadap golongan ibu-ibu yang memberikan susu botol kepada bayi mereka.

"Saya hanya mahu mereka mendidik diri mereka, supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang saya lakukan. Saya tidak mampu lagi untuk hanya duduk dan membiarkan perkara ini terjadi dan membuatkan ibu tersebut merasakan apa yang saya rasa setiap hari. Saya tidak mahu mereka mempunyai luka seperti saya. Tiada apa yang dapat menyembuhnya," tangis Jillian.

susu formula pv33

Antara sebab-sebab mengapa pakar dan ramai ibu-ibu menyokong penyusuan badan adalah kerana susu ibu mengandungi gula spesifik, lemak dan protein yang tidak terkandung di dalam susu formula, kata Annemarie Stroustrup, seorang doktor di bahagian perubatan bayi baru lahir.

Menurut American Pregnancy Association, ketika beberapa hari selepas dilahirkan, susu ibu khususnya mengandungi protein, vitamin larut lemak, mineral dan immunoglobulin (antibodi yang menyediakan imunisasi daya tahan kepada bayi daripada ibu). Ia dinamakan "kolostrum". Selepas beberapa hari, nutrisi yang terkandung di dalam susu ibu berubah. Ini bermakna, jika bayi tersebut mengalami masalah untuk mendapatkan susu ibu pada awal kelahiran, ia akan terlepas nutrisi yang sangat penting yang dibekalkan oleh colostrum.

bayi dan susu formula

Namun, harus diingat, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi ibu yang baru melahirkan bayi pertama untuk mengalami masalah menyusu badan, lebih-lebih lagi ketika awal kelahiran. 

"Ibu-ibu akan mengalami kesukaran untuk memberi susu badan selepas beberapa hari melahirkan, di mana ketika ini susu badan sedang dihasilkan,"

- Annemarie Stroustrup

menyusu bayi

Ketika saat ini, ibu-ibu mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang banyak dan tidak tahu berapa banyak susu yang mereka hasilkan, dan bayi mungkin tidak disusukan dengan cara yang betul dan efisyen. Apabila situasi ini berlaku, seperti kes Jillian ini, bayi boleh menderita akibat dehidrasi, yang boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian otak yang teruk, dan boleh menyebabkan kematian. 

Walau bagaimanapun, Stroustrup berkata terdapat beberapa petanda yang bagi mereka yang baru bergelar ibu "Di rumah, selepas bayi berumur 24 jam, bayi yang terhidrat dengan baik akan kencing setiap 3 jam. Biasanya bayi akan kerap kencing dan menyebabkan anda perlu menukar lampin beberapa kali sehari, tetapi ianya adalah biasa jika bayi tersebut mempunyai satu lampin yang kering dalam sehari. Ianya tidak berbahaya, namun bayi yang tidak membuang air kecil selepas beberapa jam perlu diberikan perhatian.

susu formula

Pokoknya, susu ibu sememangnya sumber yang terbaik bagi bayi, namun bayi yang mendapat makanan dan nutrisi yang secukupnya itu lebih penting, walaupun terpaksa menggunakan susu formula. "Susu formula adalah pilihan yang terbaik bagi bayi apabila susu ibu tidak boleh disediakan, tak kisahlah sama ada kerana bekalan yang tidak mencukupi, batasan perubatan yang menghalang ibu daripada menyusukan bayi, pilihan keluarga, dan masalah perubatan pada bayi yang memerlukan formula tertentu," kata Stroustrup




Hakcipta iluminasi.com (2017)