aku nampak kelibat dia remy ishak dedah kisah nampak pontianak 1

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Dalam usaha menghayati watak lakonan menerusi filem terbaharunya, The Legend Of Pontianak, aktor Remy Ishak merasakan dirinya dihantui makhluk ghaib itu.

Pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu hidupnya berada dalam ketakutan serta hilang keseronokan sewaktu menjalani penggambaran filem tersebut.

"Dalam penghayatan watak untuk filem baru berjudul Pontianak (The Legend Of Pontianak), tak ada benda yang seronok dan best dalam hidup aku sekarang ni. 

"Skrip ini buat aku jahanam!" katanya.

Dalam kenyataan di laman Twitter itu, Remy mengakui terlihat kelibat pontianak di mana-mana. 

"Semua tempat aku nampak kelibat dia sekarang. Allahu Allah!" tulisnya lagi.

aku nampak kelibat dia remy ishak dedah kisah nampak pontianak 2

Kredit foto: Twitter Remy Ishak

Perkongsian itu mendapat perhatian rata-rata netizen yang menawarkan cara untuk mengatasi gangguan itu.

"Mungkin itu cara yang paling membantu untuk mendalami skrip," komen @ezranatasyaa.

"Makhluk halus memang wujud selagi dia tak ganggu kita abaikan saja tapi kalau tak tahan mintalah air penawar bagi pulih semangat balik," kata @NurulHayati.

Remy turut menerima kritikan peminat yang menganggap beliau seakan sengaja meraih publisiti murahan.

"Publisiti murahan," tulis @fadzrinsazali.

Selain Remy, The Legend Of Pontianak turut dibintangi Nur Fazura, Namron, Tony Eusoff dan Shenty Feliziana. Proses penggambaran kini berlangsung di Pasir Salak, Perak.

Sumber berita: Astro Awani

tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)