Sumber foto: citizen6.liputan6.com
Kejadian aneh berlaku di Madrid, Sepanyol apabila seorang banduan yang sudah disahkan mati, tiba-tiba bangun semula.
Lelaki berkenaan yang di rahsiakan identitinya bangun semasa kaki tangan rumah mayat hendak menjalankan bedah siasatan ke atasnya.
Tiga orang doktor telah mengesahkan lelaki tersebut telah mati akibat membunuh diri dalam penjara berhampiran Oviedo di utara Sepanyol selepas ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan Ahad lalu.
Menurut media Sepanyol , banduan tersebut adalah Gonzalo Montoya, 29. Dia telah dipenjarakan atas kes mencuri logam.
Menurut bapanya, Jose Carlos Montoya, dia dibawa ke Institut Perubatan Forensik Oviedo dan bangun ketika doktor hampir melakukan bedah siasat.
Dia sedar mereka membawanya keluar dan meletakkan dia di atas meja dan melakukan bedah siasat.
Beliau menambah yang anaknya itu menelan pil dalam cubaan membunuh diri sebelum ditemui tidak sedarkan diri.
Doktor sudah pun menandakan tubuh Gonzalo untuk tujuan bedah siasat, menurut Carlos Montoya.
Siasatan dijalankan ekoran kejadian ini oleh pihak berkuasa penjara dan kerajaan wilayah Asturias.
Sumber berita: BH Online