makanan permintaan terakhir banduan

Setiap daripada kita mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan banduan-banduan yang sedang menanti hukuman bunuh dijalankan.

Adalah menjadi tradisi di hampir semua penjara iaitu sebelum banduan itu menjalani hukuman mati, dia diberikan satu permintaan iaitu apa sahaja makanan yang diminta akan ditunaikan.

Dan disebabkan permintaan ini wajib ditunaikan oleh pihak penjara, ramai banduan yang telah meminta hidangan yang sangat pelik dan tak masuk akal.

iluminasi.com kongsikan dengan para pembaca 10 permintaan makanan terakhir oleh banduan hukuman mati yang tersangat aneh.

1. Lawrence Russel Brewer

makanan terakhir permintaan lawrence brewer

Permintaan makanan terakhir oleh Lawrence telah meinspirasikan kerajaan Texas untuk menghapuskan tradisi ini. Ia bukan disebabkan oleh apa yang dimintanya, tetapi apa yang dia lakukan terhadap permintaannya itu.

Lawrence meminta burger keju bacon 3 lapis, 2 steak ayam dengan dengan bawang putih, telur dadar keju dan daging, tomato, pizza daging, lada jalapenos, lada benggala, semangkuk kacang bendi, 500 gram daging barbeku, separuh buku roti, 3 bungkus fajita, 3 botol air bikarbonat, sebekas aiskrim dan sepotong kek fudge mentega kacang. 

Permintaan ini membuatkan kakitangan dapur sangat hairan dan pelik. Namun apa yang membuatkan semua orang berang adalah Lawrence enggan untuk menyentuh mana-mana makanan ini langsung.

2. Miguel Richardson

makanan terakhir permintaan miguel richardson

Miguel Richardson telah membunuh dua pengawal keselamatan di hotel Holiday Inn di Texas pada tahun 1979. Namun, dia hanya berjaya ditangkap setahun kemudian dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun 1981.

Namun hukuman tersebut dijalankan selepas 20 tahun iaitu tahun 2001. Permintaan makanan terakhir oleh Miguel agak sentimental dan sedih, iaitu kek hari jadi tertulis tarikh "23-2-1990", iaitu tarikh perkahwinannya.

Dia juga meminta pelbagai jenis buah-buahan dan salad.

3. John Wayne Gacy

makanan terakhir permintaan john wayne gacy

John Gacy adalah pembunuh bersiri terkenal dengan gelaran "Killer Clown" yang telah merogol dan membunuh 33 orang kanak-kanak dan lelaki muda, serta menyimpan mayat mereka di rumahnya.

Dia disabitkan kesalahan pada 1980 dan dijatuhkan hukuman bunuh yang berlangsung 4 tahun kemudian. Untuk makanan terakhirnya, John meminta 12 ekor udang goreng, 1 bakul ayam KFC Original, kentang goreng dan 450 gram strawberi.

4. Clarence Ray Allen

makanan terakhir permintaan clarence ray allen

Clarence Allen adalah banduan kedua tertua yang pernah dihukum bunuh, iaitu pada usia 76 tahun. Dia disabitkan atas 3 kesalahan membunuh pada tahun 1980, namun menjalani hukuman bunuh pada tahun 2006.

Dia menghidap penyakit kencing manis dan menderita akibat serangan jantung pada tahun 2005. Masalah kesihatan ini mungkin menjadi penyebab mengapa Clarence meminta makanan terakhirnya yang sangat sihat.

Ia terdiri daripada steak daging kerbau, ayam goreng, kek pecan bebas gula, dan aiskrim walnut bebas gula.

5. Timothy McVeigh

makanan terakhir permintaan timothy mcveigh

Timothy adalah pengganas yang bertanggungjawab ke atas pengeboman Oklahoma City pada tahun 1995. Dia disabitkan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai yang membawa kepada hukuman mati.

Timothy menjalani hukuman mati pada tahun 2001, namun sebelum itu, dia meminta makanan terakhir berupa 2 bekas aiskrim cip coklat pudina.

6. William Bonin

makanan terakhir permintaan william bonin

Dikenali sebagai "Pembunuh jalan rayaLebuhraya", William Bonin melakukan jenayah yang tersangat kejam dan hina termasuk merogol dan membunuh 21 orang kanak-kanak dan remaja lelaki. 

Dia dipenjarakan di San Quentin, California dan William meminta 2 piza pepperoni bersama-sama 3 sudu ais krim coklat sebagai makanan terakhirnya.

Dia juga meneguk Pepsi dan Coca-Cola pada malam sebelum hukuman bunuhnya, kerana ingin cuba membunuh dirinya dengan membuatkan dirinya menghidap penyakit kencing manis.

7. Robert Buell

makanan terakhir permintaan robert buell

Robert menjadi selebriti dalam hanya satu malam sahaja selepas dia dituduh dan disabitkan kesalahan rogol dan bunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Krista Harrison pada tahun 1982.

Dia disabitkan kesalahan pada tahun 1984 namun dihukum bunuh pada tahun 2002. Permintaan makanan terakhirnya adalah tersangat pelik, iaitu sebutir buah zaitun hitam yang tidak dibuang bijinya.

8. Ronnie Lee Gardener

makanan terakhir permintaan ronnie lee gardener

Ronnie Gardener disabitkan kesalahan atas dua tuduhan membunuh pada tahun 1985 dan dijatuhkan hukuman mati. Dia menjalani hukuman penjara terlebih dahulu selama 25 tahun sebelum dihukum bunuh.

Sampai ke hari hukuman, dia meminta makanan terakhir berupa ekor udang galah, steak, pai epal dan aiskrim vanila. Juga, dia ingin menikmati semua makanan terakhir ini sambil menonton trilogi The Lord of the Rings.

9. Jonathan Nobles

makanan terakhir permintaan jonathan nobles

Jonathan disabitkan kesalahan kerana membunuh dua wanita pada tahun 1986 dan dihukum bunuh seperti yang lain. Ketika menjalani hukuman penjara selama 12 tahun, Jonathan telah menjadi penganut Kristian yang taat.

Dia menjalani hukuman bunuh pada tahun 1998. Makanan terakhir yang diminta olehnya adalah sama dengan makanan "The Last Supper" seperti yang tercatat dalam kita Injil, apabila dia meminta "Holly Communion" iaitu mewakili ungkapan cinta terhebat "tuhan" terhadap hambanya. yang terdiri daripada sebuku roti dan wain. 

10. Thomas Grasso

makanan terakhir permintaan thomas grasso

Thomas disabitkan 2 kesalahan membunuh, satu nya adalah mencekik seorang warga emas berusia 87 tahun sehingga mati dan satu lati membunuh seorang lagi warga emas lelaki berusia 81 tahun, 6 bulan kemudian.

Dia hanya menjalani hukuman penjara selamat 2 tahun 5 bulan sebelum dihukum bunuh. Makanan terakhir Thomas adalah sangat mewah terdiri daripada 2 dozen kupang masak stim, 2 dozen kepah masak stim, satu burger keju, 6 bilah tulang rusuk, 2 milkshake strawberi, strawberi, separuh kek labu dan satu tin spaghetti dengan bebola daging.

makanan terakhir permintaan thomas grasso spaghettio

Namun, hidangan ini tidak sempurna keranna Thomas meminta spahetti-o yang berbentuk seperti cincin, bukannya spaghetti biasa. Ia menginspirasikan kata-kata terakhinya yang popular :

"Saya tidak menerima Spaghetti-O saya, saya terima spaghetti. Saya mahu pihak media mengetahuinya,". (rujukan)


Jika anda diberikan permintaan seperti ini, apa yang akan anda minta?


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)