Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

nick yarris 526

Kematian seorang wanita, Linda Mae Craig, telah membuatkan seorang lelaki tidak bersalah berhadapan dengan hukuman mati. Nick dijatuhkan hukuman mati setelah disabitkan kesalahan menculik, merogol dan membunuh wanita tersebut.

Pembunuhan Linda Mae Craig

nick yarris ketika muda 807

Pada 15 Disember 1981, Linda telah didapati tidak pulang ke rumah oleh suaminya, yang lantas menghubungi pihak polis. Siasatan dilakukan dan menjumpai kereta Linda tersadai di tepi jalan di Pennsylvania. Pihak polis menjumpai mayat Linda keesokan harinya dengan tanda-tanda dipukul, ditikam dan juga dirogol. Linda dilaporkan mati akibat beberapa tikaman di dadanya. Semua bahan bukti biologi seperti sampel sperma serta kesan serpihan kuku diambil dari badan mangsa untuk siasatan lanjut.

nicholas yarris

4 hari selepas menemui mayat Linda, seorang lelaki iaitu Nick, telah ditahan kerana melakukan kesalahan jalan raya. Ketika disoalsiasat, keadaan menjadi tegang antara Nick dan anggota polis yang menyebabkan Nick ditahan kerana cubaan membunuh pegawai polis. Ketika berada dalam tahanan, Nick ternampak berita mengenai kes pembunuhan Linda Mae Craig di akhbar.

Bagi melepaskan dirinya, Nick telah berkompromi dengan pihak polis dengan mengatakan beliau tahu siapa yang membunuh Linda, padahal Nick langsung tidak mengenali Linda. Nick telah menuduh kenalannya yang sama-sama menagih dadah bersamanya satu ketika dahulu yang dia beranggapan sudah mati. Namun, setelah polis menyoal siasat lelaki tersebut dan didapat tidak bersalah, Nick menjadi saspek utama dalam kes pembunuhan Linda Craig.

Dijatuhkan hukuman mati.

hukuman mati

Ketika itu ujian DNA masih belum digunakan dalam penyiasatan jenayah, jadi ujian serologi biasa telah dilakukan terhadap bukti rogol dan hasil yang mereka dapat tidak mengecualikan Nick daripada tuduhan. Pihak pendakwa kemudiannya bergantung kepada testimoni pemberi maklumat penjara serta identifikasi oleh rakan sekerja mangsa, yang telah mengesahkan bahawa Nick dilihat mengganggu mangsa sebelum mangsa ditemui mati. Dengan keterangan itu, pada tahun 1982, Nick Yariss, yang berumur 20 tahun ketika itu, disabitkan kesalahan menculik, merogol dan membunuh, dan dijatuhkan hukuman mati.

Kehidupan di penjara selama 22 tahun yang menyeksakan

penjara yarrisBilik Nick dikurung

Ketika berada di dalam penjara, Nick menceritakan bahawa beliau dikurung di dalam selnya selama 23 jam, selama 22 tahun. Beliau telah membaca 9,400 buku untuk mempelajari sendiri undang-undang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. 

bilik senamanBilik senaman berpagar

Nick hanya dibenarkan untuk bersenam 30 minit sahaja di dalam sangkar kecil. Menurut Nick, beliau menghabiskan 14 tahun hidupnya di penjara tanpa disentuh oleh mana-mana manusia. Beliau hanya baring di atas tangannya sehingga kebas, dan menggunakan tangan tersebut untuk mengusap wajahnya, seolah-olah orang lain yang melakukannya.

Nasib malang bertimpa-timpa

nick

Pada tahun 1986, ujian DNA digunakan buat pertama kali untuk membantu siasatan jenayah. Sementara berada di dalam penjara dan menunggu hukuman mati, Nick masih mendakwa diriya tidak bersalah yang membawa kepada ujian DNA pada tahun 1988. Nick merupakan orang pertama yang sedang menunggu hukuman mati di Pennsylvania yang memohon ujian DNA dilakukan selepas disabitkan kesalahan.

Namun, Nick terpaksa melupakan hasrat untuk bebas dan menghabiskan masa bertahun-tahun lagi di dalam penjara setelah sampel DNA yang diberikannya telah rosak ketika dikendalikan oleh pihak bertanggungjawab.

Pada tahun 2002, ketika hukuman mati sudah sangat hampir, kerana tidak tahan lagi menanggung derita, Nick merayu kepada hakim supaya beliau dibenarkan untuk mati. Namun, hakim tersebut bertanya kepadanya jika ujian DNA boleh dilakukan sekali lagi.

Ujian DNA terakhir

Pada tahun 2003, Dr. Edward Blake menjalankan ujian kali terakhir terhadap sarung tangan yang dijumpai dalam kereta mangsa, kikisan kuku pada badan mangsa dan juga saki baki sperma pada seluar dalam si mati. Dengan jelas hasil ujian menunjukkan bahawa ia bukanlah DNA Nick sebaliknya terdapat kesan DNA dua lelaki tak dikenali pada pakaian mangsa.

Pada 3 September 2003, berdasarkan hasil ujian tersebut, mahkamah telah menarik balik sabitan terhadap Nick Yarris, dan beliau menjadi orang ke-140 di Amerika Syarikat yang terlepas daripada tuduhan selepas disabitkan kesalahan, melalui ujian DNA. Dan juga orang ke-13 yang terlepas daripada hukuman mati.

fear of 13

Kisah ini telah didokumentarikan dalam filem yang bertajuk "The Fear of 13" dan juga dibukukan bertajuk "Seven Days to Live My Life".

nick kini 628

Kini Nick tinggal di United Kingdom dan giat berkempen ke serata dunia untuk menghapuskan hukuman bunuh.

Pengajaran

Pengajarannya, anda perlu berani kerana benar. Jangan pernah berputus asa menegakkan kebenaran sehingga ke saat akhir.

Rujukan :

1. Wikipedia

2. Innocent Project

3. BBC

4. Metro UK


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)