Bukan semua penggodam adalah orang yang jahat. Apabila digunakan dalam media arus perdana, perkataan, "penggodam," biasanya digunakan berhubung dengan penjenayah siber.

Namun, sesiapa sahaja boleh menjadi penggodam, tanpa mengira niat mereka yang menggunakan pengetahuan mereka terhadap perisian dan perkakasan komputer untuk memecah serta memintas keselamatan langkah-langkah pada komputer, peranti atau rangkaian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menggodam itu sendiri bukanlah aktiviti yang haram melainkan penggodam itu menjejaskan sesebuah sistem tanpa izin pemilik.

Banyak syarikat dan agensi kerajaan sebenarnya menggunakan penggodam untuk membantu mengekalkan keselamatan sistem mereka.

jenis jenis penggodam

Hacker biasanya dikategorikan mengikut jenis "topi" metafora yang mereka "pakai", iaitu "topi putih", "topi kelabu", dan "topi hitam" (white hat, black hat dan grey hat).

Istilah ini berasal dari orang terdahulu, di mana lelaki jahat memakai topi koboi berwarna hitam dan lelaki yang baik memakai topi putih.

Terdapat dua faktor utama yang menentukan jenis penggodam iaitu niat atau tujuan mereka, dan sama ada mereka melanggar undang-undang atau tidak.

Penggodam topi hitam

penggodam topi hitam berniat jahat

Seperti semua penggodam, penggodam topi hitam biasanya mempunyai pengetahuan yang luas tentang memecah masuk ke rangkaian komputer dan memintas protokol keselamatan.

Mereka juga bertanggungjawab untuk menghasilkan perisian perosak atau malware, yang merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan akses kepada sistem-sistem ini.

Tujuan utama mereka biasanya untuk keuntungan peribadi atau kewangan, tetapi mereka juga boleh terlibat dalam pengintipan siber, protes atau mungkin hanya ketagih kepada keseronokan jenayah siber.

Penggodam topi hitam boleh terdiri daripada amatur yang bermula dengan menyebarkan malware, kepada penggodam yang berpengalaman yang bertujuan untuk mencuri data, khususnya maklumat kewangan, maklumat peribadi dan butiran log masuk.

Bukan sahaja penggodam topi hitam berusaha untuk mencuri data, mereka juga berusaha mengubah atau memusnahkan data.

Penggodam topi putih

penggodam topi putih penggodam beretika

Penggodam topi putih pula memilih untuk menggunakan kemahiran dan kuasa mereka untuk kebaikan berbanding kejahatan.

Juga dikenali sebagai "penggodam beretika," penggodam topi putih sering diambil bekerja oleh kontraktor atau kerajaan untuk melindungi maklumat daripada penggodam topi hitam serta sebagai pakar keselamatan yang cuba mencari lubang keselamatan melalui penggodaman.

Penggodam topi putih menggunakan kaedah yang sama dengan penggodaman oleh penggodam topi hitam, dengan satu pengecualian iaitu mereka melakukannya dengan izin dari pemilik sistem terlebih dahulu.

Ini menjadikan proses itu benar-benar sah dan tidak melanggar undang-undang.

Penggodam topi putih melakukan ujian penembusan, menguji sistem keselamatan setempat dan melakukan penilaian keterdedahan bagi syarikat majikan.

Terdapat juga kursus, latihan, persidangan dan pensijilan untuk penggodaman etika.

Penggodam topi kelabu

penggodam topi hitam putih dan kelabu

Seperti dalam kehidupan, terdapat "kawasan kelabu" yang mana tidak hitam atau putih. Ia merupakan kawasan di antara melanggar undang-undang dan tidak.

Penggodam topi kelabu adalah campuran antara penggodam topi hitam dan topi putih. Biasanya penggodam topi kelabu akan mencari kelemahan dalam sistem tanpa kebenaran atau pengetahuan pemilik.

Jika masalah ditemui, mereka akan melaporkannya kepada pemilik, kadang-kala meminta bayaran yang kecil untuk membetulkan masalah tersebut.

Jika pemilik tidak bertindak balas atau mematuhi permintaan mereka, maka penggodam mungkin akan memuat naik eksploitasi yang baru dijumpai ini ke dalam talian untuk dilihat oleh seluruh dunia.

Jenis penggodam seperti ini tidak semestinya berniat jahat, mereka hanya mahu mendapatkan sesuatu daripada penemuan mereka untuk diri sendiri.

penggodam topi putih penggodam beretika 2

Biasanya, penggodam topi kelabu tidak akan mengeksploitasi kelemahan yang ditemui.

Walau bagaimanapun, jenis penggodaman ini masih dianggap haram kerana penggodam tidak mendapat kebenaran daripada pemilik sebelum cuba menyerang sistem.

Walaupun perkataan "penggodam" cenderung untuk membangkitkan gambaran negatif apabila disebut, adalah penting untuk diingat bahawa semua penggodam tidak wujud sama dari semua segi.

Jika kita tidak mempunyai penggodam topi putih yang tekun mencari ancaman dan kelemahan sebelum topi hitam dapat menemuinya, maka mungkin akan ada banyak kegiatan yang melibatkan penjenayah siber mengeksploitasi keterdedahan dan mengumpulkan data sensitif lebih banyak daripada yang berlaku pada hari ini.

Rujukan:

1. Beza Topi Putih, Hitam Dan Kelabu

2. Si Topi Hitam Dan Putih

3. Penjelasan Warna Topi Penggodam




Hakcipta iluminasi.com (2017)