norman hakim bersanding lagi 1

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

Sempena ulangtahun ke-6 perkahwinan pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza, mereka bakal mengadakan majlis persandingan sekali lagi.

Menurut Norman, majlis yang akan diadakan pada 4 September itu adalah susulan perlantikan mereka suami isteri sebagai duta Mahligai Impian Catering & Events pada Mac lalu.

norman hakim bersanding lagi 2

Kredit foto: Instagram Norman Hakim
Insya-Allah jika tiada halangan kami akan kembali naik pelamin dan majlis itu nanti diharap dapat beri keberkatan dan manfaat serta tidak bersifat klise dengan sambutan ulangtahun perkahwinan yang selalu kita dengar. Pada acara itu juga saya juga ingin meraikan anak sulung saya iaitu Mohamed Danish Hakim yang berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk.
Sumber: Mstar

Difahamkan, majlis yang diadakan di Selayang itu bakal dihadiri kira-kira 5,000 hingga 10,000 tetamu.

Sementara itu, Norman memberitahu, dia turut mengundang bekas isterinya, Abby Abadi serta suami untuk turut sama memeriahkan majlis.

Bagaimanapun, pihak Mahligai Impian Catering yang membuat undangan tersebut kepada Abby masih menantikan jawapan daripada bekas penyanyi kumpulan Elite itu.

norman hakim bersanding lagi 3

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

Dalam pada itu, Memey berkata, dia teruja kerana mendapat peluang untuk naik pelamin dengan imej terbarunya yang sudah berhijab.

Saya gembira dan teruja memandangkan majlis kali ini saya sudah berhijab berbanding ketika bersanding dahulu. Dapatlah saya kongsi gambar perkahwinan untuk tatapan anak-anak berbanding gambar sebelum memakai tudung sebelum ini.
Sumber: Mstar

Untuk rekod, pasangan Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)