Situasi pandemik COVID-19 secara tidak langsung menggalakkan orang ramai membuat pembayaran tanpa sentuh dengan kemudahan eWallet. Ianya sungguh pantas dan boleh dipautkan dengan akaun bank untuk kemudahan tambah nilai dengan hanya beberapa klik.

Mungkin anda perasan, sejak kebelakangan ini kemudahan dompet digital atau eWallet tumbuh bak cendawan selepas hujan. Antara servis eWallet yang popular adalah Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, Boost, Maybank E-Wallet (MAE) dan banyak lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ianya tentulah satu persaingan yang baik, memberi kelebihan kepada pengguna kerana mereka mempunyai lebih banyak pilihan. Malah, servis-servis eWallet ini juga kerap membuat promosi contohnya pemberian rebet, cashback ataupun diskaun istimewa untuk pembelian di lokasi-lokasi tertentu.

Maka, timbullah persoalan. Mengapakah banyak syarikat yang berlumba-lumba memperkenalkan servis eWallet mereka sendiri? Jika pengguna tidak dikenakan bayaran untuk menggunakan kemudahan atau servis eWallet mereka, bagaimanakah mereka menjana keuuntungan?

Pihak Iluminasi cuba mencari sedikit maklumat mengenai perkara ini dan pendapat-pendapat di bawah ini adalah "kemungkinan jawapan" yang kami dapat berdasarkan daripada beberapa sumber yang kami letakkan pada bahagian kredit di penghujung artikel ini.

Masih belum membuat keuntungan

Ya! Sesetengah pihak berpendapat penyedia-penyedia eWallet kini masih belum membuat sebarang keuntungan. Jika anda perasan, syarikat eWallet berlumba-lumba memberi cashback, baucer, free gift dan seumpanya untuk menarik lebih ramai oran menggunakan perkhidmatan mereka. 

Sesetengah pihak percaya bahawa kebanyakan eWallet kini menumpukan kepada perancangan pelan jangka masa panjang dimana pada masa kini, mereka hanya memfokuskan untuk membina pangkalan data pengguna yang besar semata-mata.

Komisyen & Caj Transaksi

pembayaran ewallet

Sebilangan besar syarikat eWallet terkemuka terutama beroperasi pada model perniagaan yang memerlukan pengguna membuat pembayaran bulanan atau berdasarkan langganan iaitu perniagaan pengisian semula kredit, pembayaran bil dan perniagaan E-dagang.

Untuk setiap pengisian semula yang dilakukan melalui syarikat eWallet ini, pihak pemilik servis eWallet ini biasanya akan mendapat komisyen. Bayaran komisyen ini biasanya dibayar dalam 2 bentuk - peratusan tertentu daripada jumlah bayaran pengguna atau kadar rata tertentu untuk setiap transaksi. 

Untuk pembayaran seperti bil elektrik, bil air, bil telefon dan seumpamanya, pihak pemilik eWallet akan membuat kerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan ini untuk bayaran komisyen pada kadar tertentu. Boleh jadi juga, pihak eWallet hanya mendapat wang daripada bayaran transaksi (transaction fee) yang dikenakan pada pengguna.

Seterusnya, berkenaan dengan perniagaan e-Dagang, syarikat eWallet yang menawarkan perkhidmatan ini memperoleh komisen untuk setiap penjualan atas nilai keseluruhan penjualan produk tertentu dari jenama atau penjual. Peratusan komisen berbeza untuk setiap jenis produk dan biasanya antara 0% hingga 20% dari nilai penjualan.

Mewujudkan Program Kesetiaan Pelanggan & Memudahkan Pembelian

shopeepay

Antara 2 laman e-Dagang popular rakyat Malaysia adalah Lazada dan Shopee. Menariknya, kedua-dua laman ini turut memperkenalkan perkhidmatan eWallet mereka sendiri yang dikenail sebagai Lazada Wallet dan ShopeePay.

Walaupun penggunaan kemudahan eWallet ini terhad pada laman-laman tersebut sahaja (buat masa ini), ianya memudahkan pelanggan bagi membolehkan mereka membuat pembelian secara pantas. Maka, pelanggan tidak lagi log masuk ke akaun bank, menunggu nombor pengesahan dan menghadapi kemungkinan laman web bank tengah bermasalah. 

Bagi menggalakkan pengguna menggunakan eWallet ini, ShopeePay misalnya kerap membuat  promosi memberi baucer "Free Shipping" kepada pengguna yang membuat pembayaran menggunakan ShopeePay.

Apabila pengguna memasukkan duit ke dalam ShopeePay, secara tidak langsung pihak Shopee sebenarnya "memaksa" pengguna membelli daripada laman web tersebut berbanding laman web lain. Selain pembelian, juga ShopeePay membolehkan pengguna memindahkan duit ke akaun pengguna lain.

Faedah bank

senarai ewallet malaysia

Apabila pelanggan mendeposit wang mereka ke dalam akaun eWallet mereka, pihak syarikat eWallet ini akan meletakkan (mendeposit) wang anda dalam bank. Daripada simpanan ini, pihak eWallet berhak mendapat bayaran faedah atas wang tersebut. 

Mungkin secara teorinya pendapat ini nampak tidak meyakinkan memandangkan bayaran kadar faedah yang diterima bukanlah tinggi. Namun, bayangkan sekiranya jumlah yang dideposit oleh pengguna mencecah ratusan juta ringgit, jumlah bayaran faedah yang diterima oleh pihak eWallet sudah tentulah banyak. 

Penjualan data

penjualan data pengguna 624

Pernah dengar ayat "Data is the new gold?". Dengan data-data pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka, syarikat eWallet boleh menjualnya kepada mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan pengiklanan misalnya. Data ini penting bagi memastikan keberkesanan pengiklanan dimana iklan hanya disasarkan kepada kelompok pengguna tertentu sahaja.

Ambil contoh laman sosial Facebook, walaupun pengguna dapat menggunakannya secara percuma, kita sedia maklum bahawa Facebook menggunakan data yang diperoleh daripada pengguna untuk memudahkan para pengiklanan membuat pengiklanan bersasar kepada pengguna tertentu.

Realitinya, hanya syarikat eWallet sahaja yang benar-benar tahu bagaimana strategi mereka menjana duit. Walaupun pengguna boleh menggunakan eWallet secara percuma kita perlu sedar dalam era digital masa kini tiaada apa yang benar-benar percuma. 

Kredit:

  1. Ringgit Plus
  2. Forum Lowyat
  3. Quora



Hakcipta iluminasi.com (2017)