penghantaran makanan foodpanda

Jika dahulu pekerja penghantar makanan seperti FoodPanda atau GrabFood dipandang sebelah mata, namun kini ia menjadi salah satu pekerjaan yang paling penting.

Golongan ini menerima perhatian dan diberikan penghargaan yang tidak terhingga pada ketika ini kerana berkorban menghantar makanan kepada pelanggan yang tinggal di rumah bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, pernahkan anda tertanya-tanya bagaimana syarikat penghantaran makanan menghasilkan keuntungan?

cara aplikasi penghantaran makanan jana keuntungan 846

Dengan peningkatan permintaan penghantaran makanan lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 melanda, anda mungkin beranggapan bahawa satu-satunya cara aplikasi ini mengaut keuntungan adalah melalui jualan yang ia hasilkan bagi setiap perniagaan makanan.

Terdapat 4 strategi ringkas yang boleh digunakan oleh syarikat penghantaran makanan bagi menjana pendapatan mereka.

1. Caj penghantaran

caj penghantaran makanan

Aplikasi penghantaran makanan biasanya digunakan apabila syarikat atau kedai perniagaan makanan tidak dapat menyediakan perkhidmatan penghantaran sendiri tetapi ingin menjana wang dari pelanggan yang membuat pesanan makanan bungkus atau "tapau".

Ini bermakna aplikasi penghantaran makana boleh mengenakan caj ke atas perkhidmatan mengambil dan menghantar makanan terus ke pintu rumah pelanggan, tanpa pelanggan perlu keluar dari rumah.

Caj penghantara boleh dikenakan berdasarkan jarak atau hanya satu caj untuk semua pesanan. Dengan cara ini, pendapatan aplikasi makanan adalah dijamin bagi setiap pesanan makanan.

Apa yang menarik tentang mengenakan caj penghantaran adalah ia dibayar oleh pelanggan ketika melakukan pesanan dan didepositkan serta-merta ke dalam akaun bank aplikasi penghantaran makanan.

Ia mungkin kelihatan seperti satu strategi ringkas namun ia merupakan cara paling efektif dan paling menguntungkan.

2. Komisyen untuk setiap pesanan

cara aplikasi penghantaran makanan mendapatkan keuntungan

Adalah logik jika anda menyediakan sesuatu perkhidmatan, anda boleh menjangkakan pendapatan dari pihak yang mendapat manfaat daripada hasil kerja anda.

Dan ini bukan sahaja diguna pakai untuk aplikasi penghantaran makanan tetapi juga untuk semua jenis perniagaan.

Jika aplikasi membolehkan penyedia makanan untuk menjual lebih banyak makanan kepada lebih ramai orang, maka komisyen bagi setiap pesanan adalah cara yang paling tepat untuk menjana keuntungan.

Peratusan komisyen perlu dirundingkan sama ada berdasarkan restoran demi restoran atau dengan kadar bayaran rata yang dikenakan kepada semua restoran yang mendaftar untuk perkhidmatan aplikasi penghantaran.

3. Operasi tempoh premium

tempoh premium aplikasi penghantaran makanan

Salah satu strategi yang kurang digunakan oleh aplikasi penghantaran makanan adalah dengan menggunakan waktu sibuk sebagai cara untuk menghasilkan pendapatan yang lebih.

Namun, strategi ini digunakan oleh perkhidmatan e-hailing seperti GrabCar.

Dengan mengenakan caj premium pada waktu yang sibuk, aplikasi penghantaran makanan mampu mengaut lebih banyak keuntungan.

Terdapat keburukan dalam menyediakan perkhidmatan tempoh premium ini di mana pelanggan mungkin akan menunggu untuk tempoh itu berakhir, atau lebih buruk, mereka akan beralih kepada aplikasi lain yang tidak mengenakan caj premium bagi tempoh-tempoh tertentu.

Logik dalam menawarkan perkhidmatan premium ini adalah dengan menggunakannya dengan bijak dan di kawasan-kawasan di mana aplikasi makanan tersebut tidak dapat menampung permintaan makanan.

4. Pengiklanan dalam aplikasi

pengiklanan dalam aplikasi penghantaran makanan

Cara terakhir yang boleh digunakan oleh aplikasi penghantaran makanan adalah dengan menawarkan perkhidmatan pengiklanan kepada restoran bekerjasama dengan mereka.

Dengan mengenakan caj, restoran tersebut boleh terpapar di bahagian atas senarai atau mempunyai sepanduk di dalam aplikasi untuk masa terhad.

Ini memberikan peluang yang lebih tinggi untuk dilihat oleh pengguna dan mendapat pesanan yang lebih banyak.

Memandangkan cara ini adalah berdasarkan putaran yang berkala, terdapat banyak peluang untuk setiap restoran mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini dan pihak aplikasi juga boleh memaksimumkan pendapatan mereka.

Rujukan:

1. Cara FoodPanda Jana Keuntungan

2. Strategi Aplikasi Penghantaran Makanan Jana Keuntungan

3. Enuke Software



Hakcipta iluminasi.com (2017)